Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berpegang kepada prinsip ā€˜sukan harus terhindar daripada unsur politikā€™ termasuk dalam penganjuran edisi ke-27 Le Tour de Langkawi 2023 sejauh 1,280.3 kilometer yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 30 September depan.

Sehubungan itu Menterinya, YB Hannah Yeoh berkata, dalam keterbatasan tempoh lapan hari penganjurannya pada edisi kali ini, KBS sedaya upaya cuba membawa LTdL 2023 ke hampir semua negeri di Semenanjung demi peminat sukan berbasikal negara ini.

ā€œWalaupun dengan hanya lapan hari perlumbaan, laluan LTdL 2023 kali ini akan melintasi 11 daripada 12 negeri di Semenanjung tanpa mengira fahaman dan perbezaan politik,ā€ katanya di majlis Pelancaran Logo, Imej dan Pengumuman Laluan LTdL 2023 di sini, hari ini.

Katanya, KBS menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang cemerlang menganjurkan LTdL 2012-2014 sehingga mendapat pengiktirafan ā€˜Excellence Level of Organisationā€™ daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selama tiga tahun berturut-turut, kembali meneruskan penganjuran acara perlumbaan kebanggaan rakyat bagi edisi tahun ini, seperti mana yang diputuskan oleh mesyuarat Jemaah menteri pada 17 Mei lalu.

BertemakanĀ  ā€˜Beat The Heatā€™, ia adalah kesinambungan daripada tema ā€œThe Heat Is Onā€™ dan ā€˜The Heat Is Backā€™ yang menggambarkan cabaran getir pendakian ke Genting Highlands dan bahang cuaca membakar yang perlu ditempuhi pelumba, selain turut menggambarkan kehangatan sambutan dan sorakan sokongan yang diberikan penonton di lokasi permulaan, penamat dan sepanjang laluan yang dilalui.

ā€œSaya pasti dalam dalam ratusan ribu kanak-kanak sekolah yang berbaris dan bersorak di bawah cuaca panas terik itu nanti, akan lahir jaguh-jaguh baru dalam sukan berbasikal ini seperti mana Datoā€™ Azizulhasni Awang, Anuar Manan, Harif Salleh dan ramai lagi pelumba yang meneruskan kegemilangan sukan berbasikal negara ketika ini,ā€ katanya lagi.

Hannah berkata, LTdL 2023 juga masih mengekalkan konsep ā€˜Sports Tourismā€™ yang sangat berkesan dalam mempromosikan nama Malaysia dari segi pelancongan, pelaburan dan perdagangan antarabangsa kerana siaran tv antarabangsanya menjangkau kepada hampir 300 juta penonton di seluruh dunia, yang bukan saja memaparkan keunikan Malaysia, tetapi juga kekukuhan ekonomi, kepelbagaian budaya dan paling penting penyatuan dan perpaduan rakyat negara ini.

Selain itu, penganjuran LTdL juga memberi ruang penjanaan limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan menerusi kontrak-kontrak perkhidmatan dan barangan, selain ruang perniagaan kepada perkhidmatan hotel dan peniaga kecil di semua venue permulaan dan penamat.

Hannah berkata, dengan peruntukan kementerian yang agak terhad, KBS mengalu-alukan lebih banyak pihak penaja tampil memberi sokongan untuk memastikan kelancaran penganjuran perlumbaan kali ini, sambil menikmati pulangan tajaan mereka kerana LTdL yang menjelajah ke banyak pelusuk negara dengan promosi unik dan meluas serta dekat di hati rakyat Malaysia, disifatkan antara platform pemasaran jenama terbaik berbanding acara sukan lain.

ā€œTelah menjadi tanggungjawab penganjur acara ini untuk menyediakan platform terbesar untuk mempromosikan kesemua negeri-negeri yang terlibat dan memberikan pulangan berlipat kali ganda kepada penaja,ā€ katanya.

Turut hadir di majlisĀ  pelancaran itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datoā€™ Ahmad Shapawi Ismail, Presiden PKBM Datoā€™ Abu Samah Abdul Wahab, Ketua Setiausaha KBS Dr K Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Abdullah Hassan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Ramona Mohd Razali.

Jelajah LTdL yang diperkenalkan pada 1996 berstatus Pro Series iaitu setakuk di bawah Siri Jelajah Dunia UCI iaitu Tour de France, Giro dā€™Italia, Vuelta Espana, saingan Klasik serta perlumbaan Jelajah Dunia lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL 2023, Emir Abdul Jalal berkata, pemilihan laluan untuk edisi ke-27 kali ini dipilih untuk melewati sebanyak mungkin bandaraya, bandar dan pekan kecil di negara ini, selain terus mengekalkan cabaran tinggi yang sinonim dengan LTdL itu sendiri.

Bermula di bandar Kerteh, Terengganu, Peringkat 1 sejauh 184.4km LTdL 2023 akan berakhir di Kuala Terengganu, diikuti Peringkat 2 keesokan harinya yang bermula di Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan berakhir di Kota Bharu sejauh 186.2km.

Peringkat 3 pula dianggap laluan baru yang begituĀ  mencabar kerana membabitkan dua pendakian sukar iaitu laluan Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah sejauh 177.1km yang memberi gambaran awal siapa bakal pencabar jersi kuning individu keseluruhan dan jersi Raja Bukit (KOM) dalam edisi kali ini.

Peringkat 4 LTdL 2023 pula membabitkan kayuhan pendek tetapi mencabar dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Meru Raya, Perak sejauh 140km.

ā€œSelepas 4 peringkat, Peringkat 5 sejauh 133.3km dijangka menjadi penentuan sebenar siapabakal menyarung jersi kuning dan jersi KOM apabila pelumba dilepaskan di Slim River perlu menempuh pendakian sukar kategori hors ke Genting Highlands yang menjadi ā€˜queensā€™ stageā€™ LTdL sejak 26 edisi lalu,ā€ kata Emir.

Walaupun tiga baki peringkat berikutnya dianggap relatif landai dan mudah, ia diramal tetap sengit dan penting buat pelumba dan pasukan dalam usaha mereka untuk cuba merampas jersi kuning keseluruhan serta menambah perebutan mata untuk jersi Raja Pecut, bermula Peringkat 6 Karak ke Dataran Pahlawan, Melaka sejauh 176.6km; Peringkat 7 Muar ke Seremban 2 sejauh 125.7km dan Peringkat 8 Setia Alam ke Kuala Lumpur (157.0km).

ā€œKami juga cuba memperkenalkan beberapa lokasi mula dan tamat yang baru pada penganjuran kali ini seperti Kerteh, Jeli, Baling, Bukit Mertajam, Slim River, Seremban 2 dan Setia Alam,ā€ katanya.

Beliau berkata, sebanyak 22 pasukan dengan enam pelumba setiap satu pasukan sudah dikenal pasti akan mengambil bahagian dalam jelajah kali ini, membabitkan 3 pasukan bertaraf WorldTeam; 7 pasukan ProTeam; 11 Continental Team dan pasukan kebangsaan Malaysia.

- Advertisement -