Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih memantau perkembangan semasa berhubung penganjuran Piala Thomas dan Piala Uber 2020 yang akan berlangsung pda bulan depan di Aarhurst, Denmark.
Bukan sahaja situasi semasa penularan wabak Covid 19, KBS turut mengambil kira penyertaan negara negara lain yang turut sama bertanding dikejohanan itu.
Menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata keputusan samada skuad Malaysia dibenarkan berlepas ke Denmark hanya akan diputuskan selepas pemantauan dilakukan untuk tempoh diantara dua atau tiga hari.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah pun mengumumkan barisan pemain yang akan menggalas tugas ke Piala Thomas dan Piala Uber 2020.
Namun, senario kejohanan kompetitif pertama antarabangsa itu tampak berdepan suasana ‘suram’ selepas beberapa negara mengambil keputusan untuk tidak menyertai kejohanan itu atas faktor keselamatan selain kecederaan pemain pemain utama.
BAM juga mengambil langkah proaktif mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk memantau perkembangan semasa Denmark selain meneliti dan memberi pandangan berhubung prosedur operasi standard (SOP) kejohanan itu.
Kerisauan yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Reezal adalah kehadiran pemain pemain yang datangnya daripada negara negara yang diklasifikasikan sebagai negara negara kritikal dengan jumlah kes yang tinggi akan memberi risiko kepada pemain pemain negara.