Menteri Belia dan Sukan (KBS) akan membantu persatuan sukan kebangsaan yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu.
KBS akan memberi bantuan dana untuk membantu persatuan sukan kebangsaan untuk melakukan beberapa perkara untuk meneruskan aktiviti sukan namun jumlah yang terlibat tidak dimaklumkan.
Tambah Reezal lagi, pemberian dana akan turut melibatkan sukan permotoran dan perkara ini akan dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan.
Sukan Permotoran pada pandangan Datuk Seri Reezal wajar diberi kebenaran untuk beroperasi semula kerana sukan ini tidak melibatkan sentuhan secara langsung.
 Â
Sidang Media Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican:
Pembukaan Sektor Sukan dan Rekreasi Fasa 2