Oleh Muhammad Aiman
Ia bukan permulaan tahun 2017 yang diimpikan pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying tatkala dia mengalami kecederaan sekali lagi seterusnya menjejaskan persiapan bagi menghadapi Malaysia Masters di Sibu 17-22 Januari depan.
Liu Ying dan pasangannya Chan Peng Soon diletakkan sebagai pilihan utama di kejohanan itu yang akan menjadi penampilan antarabangsa pertama mereka bagi tahun ini.
Dan Liu Ying, tampak kesuntukan masa untuk kembali cergas sepenuhnya.
âKedua-dua belah lutut saya nampaknya kembali bermasalah, dan sedang tumpukan kepada proses pemulihan. Saya perlu mengambil tiga suntikan stem-cell di kedua-dua kaki untuk tempoh dua minggu berikutnya. Harapnya semua akan kembali ok sebelum kejohanan bermula,â ujarnya.
Untuk makluman, Liu Ying pada 2014 pernah menjalani pembedahan di kedua belah lututnya menyaksikannya tersisih lama namun sekembalinya dari kecederaan pada 2015, Liu Ying dan Peng Soon bergandingan cemerlang mengegar arena badminton antarabangsa dengan menjuarai Terbuka Poland, Russia dan Mexico.
Kecemerlangan itu diteruskan pada tahun 2016 dengan kemuncaknya adalah kejayaan sensasi memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio De Janeiro, tewas kepada Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir dari Indonesia. Selain itu mereka juga memenangi gelaran Terbuka New Zealand.