Kedah FA menerima jemputan untuk beraksi di perlawanan persahabatan di Jawa Barat.

Piala Super Suramadu (SSC) 2018 menampilkan pertandingan empat penjuru melibatkan tuan rumah, Madura United FC, Persela Lamongan dan Persija Jakarta.

Pengurus Madura United FC, Haruna Semitro menjelaskan kepada media tempatan, perlawanan ini antara persiapan awal sebelum mengharungi Piala Presiden 2018.

Piala Super Suramadu 2018 akan berlangsung dari 8 hingga 12 januari di Stadium Gelora Bangkalan (SGB).

“SSC ini juga merupakan sebahagian daripada perancangan bagi menyambut ulang tahun Madura United FC,”kata Semitro.

Pengurusan Madura United mahu menjadikan Stadium Delta Sidoarjo namun tidak mendapat kelulusan pengurusan stadium tersebut yang dijadikan sebagai venue tuan rumah bagi pasukan Bhayangkara FC.

Tambah Semitro lagi, persiapan untuk menyambut kedatangan dua pasukan luar, Kedah FA dan Persija Jakarta sudah diatur dengan baik.

Madura United FC merupakan satu daripada dua kelab profesional yang berpengkalan di Pulau Garam dan beraksi di Liga 1 Indonesia ,manakala satu lagi kelab, Madura FC beraksi di Liga 2.

Kedah yang dikendalikan Ramon Marcote akan memulakan aksi Piala Super Suramadu 2018 menentang Persela Lamongan pada 8 Januari sebelum menentang Persija Jakarta dua hari kemudian dan melengkapkan jadual pertandingan, menentang tuan rumah, Madura United pada 12 Januari.

 

Jadual lengkap Suramadu Super Cup 2018:

 

8 Januari 2018

15.00 WIB: Persela vs Kedah FA
19.00 WIB: Madura United vs Persija

 

10 Januari 2018

15.00 WIB: Madura United vs Persela
19.00 WIB: Persija vs Kedah FA

 

12 Januari 2018

15.00 WIB: Persija vs Persela
19.00 WIB: Madura United vs Kedah FA

*MASA PERLAWANAN ADALAH WAKTU INDONESIA BARAT

 

 

- Advertisement -