Pendahuluharipertamakejohanan Golf 100PLUS Remaja Terbuka Malaysia 2017 dalamkategorilelaki, Shin Taewon terus mengungguli saingan selepas menamatkan pusingan kedua dengan catatan terkumpul, tiga dibawah par.
Pemain kelahiran Korea Selatan ini bagaimanapun sedikit kecewa apabila gagal bermain baik pada hari kedua di lapangan golf Glenmarie, Subang.
“Eagle dilubang 11membantu catatan saya pada hari ini.Segalanya hambar tetapi putting banyak membantu.
“Saya perlu mencari birdie esok dan tekanan semakin dirasai tetapi saya akan tetap fokus pada permainan sendiri dan tidak akan memikirkan kedudukan pemain lain,”kata Shin Taewon.
Selain eagle di lubang 11, Shin Taewon yang hanya mampu melakar dua birdie dilubang 2 dan 12 dan kehilangan fokus apabila membenam bogey dilubang 4,6, dan 16 untuk menutup pusingan kedua dengan catatan 74 pukulan dua diatas par.
Selepas melengkapkan dua pusingan, pemain berusia 17 tahun ini mengumpul 141 pukulan tiga dibawah par untuk terus menerajui kedudukan kategori lelaki.
Ditangga kedua Adam Arif Madzri yang ketinggalan tiga pukulan dibelakang pendahulu dengan catatan par 144.
Hari kedua, Adam antara pemain tempatan yang konsisten selepas mengekalkan catatan par seperti pusingan pertama.
“Dua pusingan pertama saya tidak aggresif dan hanya bermain secara selamat kerana selepas bermain di Kejuaraan Ambank Remaja Antarabangsa Sport Excel Group 2017 minggu lalu, teknik pukulan saya teruk.
Saingan hari terakhir, Adam tidak mahu melepaskan peluang untuk cuba bersaing dengan Shin Taewon dalam misi memburu kejuaraan.
“Saya akan tumpukan pada putting dan pukulan jarak jauh. Cara permainan juga akan menjadi lebih aggresif tetapi saya perlu konsisten di setiap lubang,”kata Adam lagi.
Catatan Eagle dilubang 11 selain dua birdie dilubang 3 dan 13 membantu Adam selepas hambar dengan bogey dilubang 2,4,12 dan 14.
Di kedudukan ketiga adalah K Rhaasrikanesh yang menutup hari kedua dengan 76 pukulan empat diatas par sekaligus mengumpul dua diatas par selepas tamat dua pusingan.
Bagi kategori lelaki hanya 40 pemain yang melepasi cut selepas tamat pusingan kedua hari ini
Dalam kategori wanita, kedudukan pendahulu masih menjadi milik Winnie Ng Yu Xuan yang mengumpul 139 pukulan lima dibawah par selepas melengkapkan dua pusingan.
Cuaca panas sepanjang hari tampak memberi kesan terhadap rentak permainan Winnie yang menutup hari kedua dengan 71 pukulan satu dibawah par.
“Saya bermula baik diawal permainan dan mengumpul tiga dibawah par pada satu ketika. Namun banyak melepaskan peluang untuk menambah birdie dan putting yang semakin teruk dipertengahan permainan.
Winnie melakar birdie di lubang pertama, 5 dan 6 namun goyah dipertengahan permainan dengan dua bogey dilubang 10 dan 13.
Beliau tidak mahu terlalu memikirkan statusnya sebagai pendahulu dan hanya mahu memberi fokus terhadap permainannya dipusingan akhir esok.
“Gemuruh itu bagus tetapi yang penting saya perlu kekal tenang sepanjang permainan dan saya mahu mengatasi rekod peribadi empat dibawah par di kejohanan ini,”kata Winnie.
Mengekori rapat dibelakang Winnie adalah pemain kelahiran Filipina, Mikhaela Fortuna yang hanya ketinggalan satu pukulan.
Selepas bermain par semalam, Mikaela memperbaiki catatannya dipusingan kedua.
Beliau membenam enam birdie dilubang 1,3,5,6,8 dan 13, namun bogey dilubang 15 dan 18 meranapkan peluangnya untuk memintas Winnie apabila akur untuk menutup hari ke dua dengan 68 pukulan empat dibawah par.
“Ini adalah aksi pertama saya disini dan esok saya tidak mahu bermain secara tertekan, hanya cuba mencari catatan par dan bermain secara tenang,”kata Mikhaela.
Pemain terbaik Malaysia dipusingan kedua menjadi milik Liyana Azizan Durisic yang menutup saingan dengan catatan 66 pukulan enam dibawah par.
Liyana menduduki tangga ketiga dengan catatan terkumpul 141 pukulan tiga dibawah par.
“Saya tidak mahu bermain dengan aggresif kerana ianya akan menjejaskan fokus dan teknik pukulan kerana ia terjadi di Kejuaraan Ambank Remaja Antarabangsa Sport Excel Group 2017,”
Bagi kategori wanita, hanya 20 pemain melepasi cut untuk beraksi dipusingan akhir esok sekaligus menentukan juara bagi edisi 2017.
Kedudukanpemain – Hari 2
Lelaki
141 – Shin Taewon (Korea Selatan) 67 74
144 – Adam ArifMadzri 72 72
146 – K.Rhaasrikanesh 70 76
148 – Zia Iqmal 76 72
148 – Malcolm Ting Siong Hung 74 74
148 – AfifFathi 73 75
148 – Donovan Lee (Singapura) 72 76
148 – Victor Ng Yu Kai 72 76
149 – Nor HeikalNorHadi 7376
150 – Eldrick Chong 73 76
Perempuan
139 – Winnie Ng Yu Xuan 68 71
140 – Mikhaela Fortuna (Filipina) 72 68
141 – LiyanaAzizanDurisic 75 66
143 – Natasha Andrea Oon 74 69
146 – Mirabel Ting ErnHui 7274
146 – VinishaGunaselan 68 78
150 – Ashley Lau 79 71
151 – Sofia Chabon (Filipina) 77 74
151 – Angle Hii 7675
151 – Francesca Bernice Olivarez-ilas (Filipina) 75,76