Persatuan Golf Profesional (PGA) Amerika bercadang untuk meneruskan saingan jelajah Kejuaraan PGA pada musim panas meskipun tanpa kehadiran penonton di venue venue pertandingan.

Kejohanan yang dijadual berlangsung pada 14-17 Mei di TPC Harding Park ditunda ke tarikh baru, 6-9 Ogos tampak masih samar susulan pandemi Covid 19 yang menular ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PGA Amerika, Seth Waugh menjelaskan matlamat mereka adalah untuk menjadikan kejohanan ini meriah terutama dengan kehadiran penyokong dan pemain terbaik dunia.

Namun, memikirkan faktor keselamatan susulan keadaan semasa, adalah lebih baik ia dilangsungkan tanpa kehadiran penonton dan pihaknya bersedia untuk melaksanakannya menerusi siaran langsung di media elektronik.

Hakikatnya, Seth sedia maklum dengan perubahan yang akan berlaku tetapi dunia ketika ini memerlukan hiburan terutama sukan dan beliau berpendapat, golf mampu untuk memenuhi elemen tersebut.

California menerusi Gavin Newsom pada Selasa mengumukan tiada perhimpunan beramai ramai dibenarkan sehingga pihaknya mendapat perkhabaran vaksin sudah ditemui.

Malah, Newsom juga memberi bayangan ia tidak akan berlaku sehingga bulan Ogos.

Namun, Waugh membalas semula kenyataan Newsom jika California atau San Francisco tidak yakin untuk menjadi tuan rumah, pihak PGA Amerika akan memikirkan venue yang diligat bersedia untuk menjadi penganjur.

Jadual kejohanan golf di serata dunia terkesan dengan oandemik Covid 19. Antara kejohanan major yang terkesan seperti Kejuaraan Open di Royal St George di England yang dipinda ke 12-15 November, sementara Terbuka US akan berlangsung dari 17-20 September berbanding tarikh asal, 18-21 Jun.

 

 

- Advertisement -