Acara Kejohanan Ski Air Dunia (IWWF) 2019 akan diadakan bermula dari 13 hingga 18 Ogos 2019 selama 6 hari di Pusat Sukan Air, Presint 6 Putrajaya.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persektuan, Khalid Bin Abdul Samad. Turut hadir, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Jose Antonio Perez Priego, Presiden International Waterski and Wakeboad Federation (IWWF) dan Datuk T. Y. Lee, Presiden Malaysian Waterski & Wakeboard Federation (MWWF)

Sebanyak tiga (3) kategori akan dipertandingkan iaitu iaitu kategori Trick, Jump dan Slalom. Kejohanan peringkat antarabangsa ini juga telah mendapat sambutan tertinggi dengan penglibatan lebih kurang 150 atlet daripada 32 buah negara dan tujuh daripadanya dari negara Asean berbanding penganjuran Piala Dunia IWWF Waterski pada tahun 2008 dan 2009. Selain itu, 8 juara bertahan dunia IWWF turut menyertai dan beraksi selama 7 hari kejohanan di Putrajaya.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai dan menikmati aktiviti-aktiviti menarik di Karnival Adventure bersama keluarga yang diadakan bersempena dengan kejohanan ini bermula 15-18 Ogos 2019. Antara aktiviti adalah seperti persembahan artis tempatan, reruai selebriti, aktiviti kanak-kanak, petting zoo, cabuatan bertuah dan pelbagai lagi. Masuk adalah percuma.

PPj menyokong penuh penganjuran kejohanan sukan air ini dan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan serta PPj untuk mempelbagaikan dan mengembangkan lagi acara-acara sukan air peringkat antarabangsa dan tempatan di Tasik Putrajaya. Di samping itu, PPj berharap agar acara sukan air dapat dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan yang dapat menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke Putrajaya.

Putrajaya telah mencatatkan 132 acara serta merekodkan lebih dari 3.3 juta kehadiran pengunjung acara pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 dengan jumlah 2.6 juta pengunjung. Antara acara-acara bertaraf antarabangsa adalah seperti Powerman Asia Duathlon Championship, Malaysia International Duathlon, Malaysia International Triathlon, Fit Touch Rugby (Junior World Cup), Light And motion Putrajaya (LAMPU) dan banyak lagi.

Dataran Putrajaya di Presint 3 merupakan lokasi tumpuan dengan 25 acara pada tahun 2018. Antara lokasi lain yang menjadi pilihan penganjur adalah di taman-taman awam Putrajaya sebanyak 11 acara dan Kompleks Sukan Air Presint 6 dengan jumlah 8 acara dan selebihnya di lokasi-lokasi lain di seluruh Putrajaya.

 

2019 IWWF WATERSKI WORLD CHAMPIONSHIPS
PUTRAJAYA, MALAYSIA – 13-18 AUG
ENTRY LIST
# Last Name Given Name NAT G DIV Type S T J ramp
1 Hui Jiang CHN F Open Team N Y N 1.5
2 Lang bo Gong CHN F Open Team Y N N 1.5
3 Jun jie Zhong CHN M Open Team N Y N 1.5
4 Wen cai He CHN M Open Team N N Y 1.65
5 Jin liang Yuan CHN M Open Team Y N N 1.5
6 Suprihono Dimas Ridho INA M Open Team N Y N 1.5
7 wangka Alexander Dustin INA M Open Team Y N N 1.5
8 Hampp Emilia guliva INA F Open Team Y N N 1.5
9 Kamiya Harue JPN F Open Team Y N Y 1.5
10 Funo Ryota JPN M Open Team Y Y N 1.5
11 Yamamoto Yuichi JPN M Open Team Y Y Y 1.5
12 Yu Hyuncheol KOR M Open Team Y N Y 1.65
13 Park Jae Young KOR M Open Team Y N Y 1.65
14 Chang Tae Ho KOR M Open Team Y Y Y 1.65
15 Ju Seongmin KOR M Open Team Y Y Y 1.65
16 Jeong Jimin KOR M Open Team Y N Y 1.8
17 YOONG HANIFAH Aaliyah MAS F Open Team Y Y Y 1.5
18 YOONG HANIFAH Aiden MAS M Open Team Y Y Y 1.5
19 YOONG HANIFAH Adam MAS M Open Team Y Y Y 1.5
20 NASIR Nadiah MAS F Open Team Y N N 1.5
21 Kee Sabelle SIN F Open Team N Y N 1.5
22 Hapholdee Nattawut THA M Open Team Y N N 1.5
23 Rosendahl Weeraya THA F Open Team Y N N 1.5
24 Pamonpol Pattanan THA F Open Team Y N N 1.5
24 Competitors from 7 Asian Countries
- Advertisement -