Pasukan bola jaring negara mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk menyerlah di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos depan, demikian keyakinan disuarakan ketua jurulatihnya Tracie Robinson. Ā 

Selain latihan di Australia bagi menentang pasukan nombor satu dunia itu dalam tempoh terdekat, Tracie turut memberikan penekanan terhadap aspek kekuatan fizikal dengan mengadakan latihan dan perlawanan menentang atlet lelaki bagi meningkatkan kualiti permainan para pemainnya.

ā€œPemain-pemain kita agak kecil jadi ini aspek yang saya lihat cukup penting untuk ditingkatkan jika mahu menyaingi lawan-lawan dari negara Asean yang rata-ratanya mempunyai fizikal bagus. Jadi pemain perlu bekerja keras untuk terpilih dan mereka masih ada masa untuk meyakinkan kebolehan mereka secara menyeluruh,ā€ ujar Tracie.

Untuk rekod, bola jaring hanya pernah dipertandingkan dua kali di temasya Sukan SEA dengan Malaysia adalah negara pertama yang memperkenalkannya pada edisi 2001 dan memenangi pingat emas dengan menewaskan Singapura di final.

Selepas ā€˜hilangā€™ dalam enam edisi berikutnya, bola jaring kembali dipertandingkan di Singapura 2015 yang mana menyaksikan kali ini giliran pasukan dari seberang tambak itu pula muncul juara dengan menewaskan Malaysia dalam aksi final penuh dramatik.

Bagi pemain pertahanan negara, Siti Norfarhana Mustafa, dia percaya pemain-pemain selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan corak latihan diterap Tracie meskipun ia dilihat berintensiti tinggi.

ā€œTracie adalah seorang yang berbeza, kaedah latihannya lain dari yang lain namun ia tidak sukar buat kami. Malahan taktikal dan strategi beliau juga banyak membantu meningkatkan permainan kami walaupun dia jarang bersama pasukan.

ā€œHasilnya telah kita lihat ketika muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia di Bangkok tahun lalu jadi saya fikir kelainan itu akan menjadi kunci kejayaan di Sukan Sea nanti,ā€ kata Siti Norfarhana.

Sementara itu, pengurus pasukan bola jaring negara, Zaiton Ab Ghani berharap gelanggang bola jaring di Bukit Kiara akan dapat digunakan secepat mungkin agar skuad negara dapat menjalani latihan dan menyesuaikan diri tatkala tinggal sekitar dua bulan lebih sahaja lagi untuk berlangsungya KL 2017.

KL 2017 akan berlangsung dari 19 ā€“ 30 Ogos, dengan bola jaring dan bola sepak akan membuka tirai lebih awal pada 14 Ogos. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -