Kemenangan besar ke atas Kemboja dalam aksi pembukaan Kumpulan J Kelayakan AFC B16 2020 jelas menggembirakan pengendali skuad negara, P Maniam.
Baginya, pemain pemain menunjukkan permainan yang positif, namun perlu segera menyiapkan pemain untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum turun menentang tuan rumah, Laos pada Jumaat.
“Banyak keputusan positif yang dapat dilihat dan permainan berpasukan yang ditonjolkan dan pemain pemain begitu komited terhadap perlawanan ini.
“Kini masa untuk memulihkan pemain pemain kerana kami mahu mereka segar dan cergas untuk perlawanan seterusnya. Jadi esok adalah waktu untuk sesi pemulihan dan tayangan video untuk melakukan persiapan yang diperlukan,”kata P Maniam
Malah, bekas pengendali Selangor itu juga mengucapkan terima kasih dan memuji ibu bapa serta penyokong penyokong Malaysia yang datang untuk menyaksikan perlawanan serta memberi sokongan kepada pemain pemain