Pasukn Liga Super, Kedah tidak berdepan masalah untuk mengesahkn slot ke pusingan ketiga Kelayakan Liga Juara Juara Asia (ACL) selepas menundukkan wakil Hong Kong, Tai Po FC 5-1.
Kejayaan Lang Merah dibantu menerusi penyerang import, Tchetche Kipre yang meledak hatrik.
Bekas penyerang Terengganu itu membuka tirai gol seawal minit ke 3 sebelum gandingannya dengan Kpah Sherman menghasilkan gol kedua untuk menceriakan penyokong Lang Merah di Stadium Daruk Aman di minit 21.
Derita Tai Po semakin parah apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Sun Ming Him dilayangkan kad merah kerana mengasari Kipre di minit 33.
Peluang ini nyata dimanfaatkan Kedah yang terus melebarkan jurang gol, kali ini giliran Muhd Hadin Azman melakar nama selaku penjaring seminit selepas babak kedua bermula.
Hadin sekali lagi cemerlang apabila mnejadikan kedudukan 4-0 untuk Kedah di minit 66 sebelum Kipre melengkapkan hatrik pertamanya musim ini di minit 92.
Chan Man Fai bagaimanapun menjaringkan gol saguhati untuk Tai Po
Laluan Kedah seterusnya menentang kelab FC Seoul pada aksi yang dijadualkan berlangsung di Korea Selatan pada 28 Jan ini.