Jaringan tunggal Nur Azfar Fikri Azhar di Stadium Mongolia Football Federation (MFF) di Ulaanbaatar memastikan Malaysia memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2022 Bawah 23 tahun dengan tiga mata untuk menundukkan Laos 1-0.

Gol tunggal skuad kendalian Brad Maloney terhasil di minit 68 hasil hantaran lintang Quentin Cheng yang bijak disudahkan Azfar untuk menggegar gawang Laos.

Malaysia memiliki beberapa peluang terhidang pada babak pertama perlawanan menerusi Luqman Hakim menerusi rembatan jarak jauh namun dinafikan penjaga gol lawan, Solasak Thilavong dan 

Malaysia dihidangkan satu lagi peluang keemasan untuk melebarkan kedudukan namun tandukan T Saravanan gagal menggegar gawang lawan.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia ditangga teratas kumpulan J sementara Thailand dan tuan rumah, Mongolia masing masing berkongsi satu mata selepas kedua dua pasukan terikat satu sama sementara Laos ditangga terbawah 

 

- Advertisement -