Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh sah menyarung jersi sekaligus menjadi pemain untuk gergasi Liga Malaysia, Johor Daruk Takzim.

Pengumuman mengenai statusnya dibuat menerusi entri video oleh Johor Southern Tigers hari ini.

Video tersebut memaparkan ketibaan Sumareh untuk menandatangani kontrak bersama JDT, namun tiada perincian disiarkan tentang tempoh kontraknya bersama kelab itu.

Sumareh yang dikenali dengan Keli Boy ‘berperang’ dengan majikan terdahulu, Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) kerana gagal mengikuti kontraknya selepas didakwa gagal membayar gajinya.

Sumareh meninggalkan Pahang dan menyertai kelab di Thailand, Polis Tero FC pada September tahun lalu.

Kemelut melibatkan Sumareh dan PBNP seakan akan berakhir apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Pahang melunaskan bayaran berjumlah USD 1.2 juta berkaitan tunggakan gaji dan pelanggaran kontrak.

Sumareh menerusi Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas peluang beraksi bersama kelab itu.

ā€˜Teruja untuk meletakkan semua isu di belakang saya dan memulakan saingan baharu bersama JDT. Terima kasih Tunku Ismail atas peluang mewakili kelab bola sepak yang hebat ini. Tidak sabar untuk bermula.

ā€œSaya gembira dapat menjadi sebahagian daripada projek JDT dan berharap dapat membantu pasukan untuk memenangi lebih banyak trofi,ā€ kata Sumareh.

 

- Advertisement -