Kelly+Tan

Oleh Ku Mohd Lufti 

Pemain golf professional wanita negara, Kelly Tan memulakan saingan Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat kendalian Persatuan Golf Amerika Syarikat (USGA) dengan langkah kanan apabila menutup hari pertama dengan 68 pukulan empat dibawah par.

Beraksi di San Martins, California, Kelly konsisten di Sembilan lubang pertama dengan tiga birdie berjaya dilakar di lubang ke 2,3 dan 5.

Namun aksinya sedikit goyah apabila melakar bogey di lubang ke 10 dan 12 namun berjaya bangkit memperkemaskan rentak pukulan selepas itu.

Kelly tampak tenang dengan tiga lagi birdie di lubang ke 15, 17 dan 18 untuk menutup hari pertama dengan catatan empat dibawah par, sekaligus menduduki tangga ke 5 bersama sama Anna Nordqvist dari Sweeden dan pemain tuan rumah, Brittany Lang.

Hari pertama diungguli pemain kelahiran Korea Selatan, Mirim Lee yang melakar 64 pukulan , lapan dibawah par.

Mirim Lee berkelebihan tiga pukulan didepan seorang lagi pemain tuan rumah, Cristie Kerr dan Minjee Lee dari Australia.

- Advertisement -