Speaking at a press conference, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek said, “If any Kemaman rider makes it past the selection process and is offered a slot in the mono-brand classes of the Malaysian Cub Prix Championship, the MP’s office of Kemaman will sponsor the rider’s RM4,000 commitment fee.”
A day earlier, the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship officially announced the start of the Rider Search 2017 whereby young riders interested to take part in either the Honda or Yamaha one-make race for the 2017 season are encouraged to register their interest in the championship’s official website.
“As the Member of Parliament for the Kemaman district, I would like to inculcate a culture of supporting our grassroots athletes within the local community. It’s high time the community rallies around their local athletes at any level. These young talents need our support, especially when they are just starting out,” Dato’ Sri Ahmad Shabery further added.
Round 6 of the 2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship will take place at Bandar Baru Kijal in Kemaman this August 19 to 20, 2016. Spectator entry is free.
AHMAD SHABERY SOKONG PEMBANGUNAN PELUMBA MUDA DI KEMAMAN
Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersedia untuk membantu pelumba muda kelahiran Kemaman yang terpilih untuk menyertai perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi musim 2017.
Bercakap di sidang media, Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata,” Jika ada pelumba yang memohon dan melepasi ujian pemilihan untuk menyertai perlumbaan satu pengeluar di Kejuaraan Cub Prix Malaysia, pejabat Parlimen Kemaman bersedia untuk memberikan bantuan dengan membiayai bayaran yuran komitmen berjumlah RM4000 yang diperlukan bagi mereka beraksi,” jelasnya di sidang media bersempena Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Kemaman, 19 dan 20 Ogos ini, hari ini.
Terdahulu, penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS mula membuka permohonan untuk pencarian pelumba muda bagi perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha bagi musim 2017 dimana remaja sekitar Kemaman boleh mendapatkan borang pendaftaran di tapak perlumbaan minggu ini dan selain pendaftaran melalui laman rasmi Kejuaraan Cub Prix.
Bagaimanapun, pelumba yang terpilih untuk beraksi dalam kedua-dua kelas pembangunan pelumba yang disokong oleh Honda dan Yamaha ini perlu membiayai yuran komitmen berjumlah RM4000 merangkumi bayaran untuk 10 pusingan semusim, insurans dan perkara berkaitan pengurusan perlumbaan.
“Sebagai Ahli Parlimen Kemaman, saya mahu menjadikan satu budaya atau contoh agar seluruh komuniti memberikan sokongan kepada atlet dan bakat-bakat sukan ini dari peringkat akar umbi lagi. Bakat-bakat muda ini memerlukan lebih sokongan, terutama ketika mereka mula menceburkan diri dalam bidang sukan. Kita perlu memberikan sokongan kepada pelumba tempatan di setiap peringkat,” tambah Dato’ Sri Ahmad Shabery yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsing di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu pada 19 dan 20 Ogos ini. Masuk adalah percuma.