Selepas memulakan aksi pembukaan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asean (AFF) Bawah 15 tahun dengan kemenangan besar 8-0 ke atas Brunei Darussalam, pengendali skuad negara, P Maniam menjangkakan saingan sengit bakal diberikan lawan mereka seterusnya, Kemboja.
P Maniam yang juga bekas pengendali Selangr menjelaskan, pemain pemain tampak sudah bersedia untuk berdepan Kemboja selepas mendapat suntikan semangat di atas kemenangan pertama dalam Kumpulan B semalam.
 “Kami bermula dengan baik di perlawanan ini (Brunei) dan saya dapat lihat Harry menjaringkan hatrik dan perkara perkara positif dalam pasukan. Pemain pemain juga sudah bersedia untuk beraksi menentang KembojaÂ
“Secara keseluruhan saya berpuas hati tetapi kita perlu tahu Brunei bukan pasukan yang kuat. tetapi lawan kami selepas ini, Kemboja mempunyai kekuatan fizikal dan taktikal dan kami perlu berikan lebih daripada apa yang telah dilakukan pada hari ini,”kata P Maniam.
Muhammad Harry Danish muncul pemain terbaik perlawanan apabila menyumbat hatrik manakala Zubaidi Mohd Buang meledak dua gol sementara Wan Muhammad Hakim, Muhammad Nabil Qayum dan Muhammad Alif Izwan masing masing menjaringkan satu gol.