FOTO – AFC
Jurulatih skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak ternyata berpuas hati dengan kemenangan yang diraih ke atas Indonesia hari ini sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk memburu slot ke Kejuaraan B19 AFC tahun depan.
Jelas Bojan, corak permainan Indonesia sudahpun dibaca sekaligus memastikan tiga mata berharga menjadi milik pasukannya.
“Taktikal kami begitu baik dan permainan Indonesia kami perolehi daripada Mynamar. Apa sahaja yang ditunjukkan ketika sesi video dan perancangan yang dilakukan ketika sesi latihan dimanfaatkan pemain dengan sebaiknya,”kata Bojan.
Tambahnya lagi, motivasi pemain pemain meningkat kerana sebahagian daripada mereka lahir di utara tanah air.
“Kami ada ramai pemain dari Pulau Pinang dan Kedah, jadi saya mahu mereka bermain demi keluarga, rakan rakan dan saudara mara yang terjejas akibat banjir,”katanya lagi.
“Kemenangan adalah penting kerana keyakinan pemain pemain akan meningkat di setiap perlawanan,”kata Bojan lagi.
Sesuatu yang unik untuk Malaysia, skuad kendalian Bojan Hodak turun tanpa persiapan yang rapi, hanya beberapa minggu untuk memilih, latihan sebelum ke Korea Selatan.
Manakala skuad bawah 19 tahun Indonesia kendalian Indra Syafri telah melakukan persiapan lebih setahun untuk mengharungi kejohanan ini.
Status sebagai tuan rumah bagi Kejuaraan AFC B19 yang akan berlangsung penghujung tahun depan tidak memberi tekanan ke atas skuad Indonesia berbanding pasukan pasukan lain yang perlu memburu slot untuk layak secara merit.
namun, bagi Indra Sjafri, perlawanan tetap penting sebagai salah satu pendedahan keoada pemain sebelum aksi sebenar pada tahun depan.
“Yang jelas di awal kami mencoba beberapa pemain dengan komposisi yang lain. Namun mereka kurang maksimal, Malaysia mampu mengembangkan permainan.
“Bagaimana pun kesempatan ini kami manfaatkan untuk pengembangan taktikal untuk di kandang kami sendiri nanti. Meski kalah, kami dapat banyak pengalaman,” ,” kata Indra Sjafri, yang dipetik daripada laman sesawang Goal.com.OLEH KU MOHD LUFTI