Oleh Muhammad Aiman
Kalau sudah tiada rezeki, sudah masuk ke dalam mulut pun masih boleh terkeluar.
Begitulah nasib dialami Goh V Shem-Tan Wee Kiong, mereka sudah melakukan bukan sekadar terbaik, tetapi sesuatu yang luar biasa, tampil dengan permainan agresif bertenaga, dua kali berada di mata akhir, namun pingat emas yang seolah sudah berada di dalam genggaman tetap terlepas.
Pada ketika sejarah baru sukan negara hampir sahaja terlakar dengan kilauan emas pertama Sukan Olimpik menyinar di depan mata, V Shem-Wee Kiong berkesudahan dengan kecundang di tangan Fu Haifeng-Zhang Nan dalam perlawanan akhir penuh dramatik 21-16, 11-21, 21-23.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia, buat kali keduanya dalam tempoh tiga hari meratapi kegagalan di perlawanan akhir dan sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak setelah kekalahan dialami Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dalam acara beregu campuran sekaligus menyaksikan badi emas terus berpanjangan.
Selepas begitu banyak harapan dan impian emas yang tidak tertunai, sandaran emas akhirnya kembali semula kepada satu-satunya prospek emas yang masih tinggal, Datoâ Lee Chong Wei yang akan mengalas cabaran dalam acara perseorangan lelaki pada Sabtu.
Chong Wei yang mara ke final olimpik buat kali ketiga berturut-turut setelah menyingkirkan jagoan China, Lin Dan di separuh akhir akan berdepan pemain nombor dua dunia juga dari China, Chen Long â bukan sahaja membawa misi mengucup emas pertama yang begitu sukar diraih tetapi dalam masa sama menebus hampa tewas di final dua edisi terdahulu.
Buat Chong Wei, anda harapan emas pertama yang terakhir di Rio De Janeiro. Ayuh lakukannya kali ini! Â