Oleh Ku Mohd Lufti
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Dr Khairi Zawi mahu mendapatkan penjelasan daripada pelari pecut muda negara, Khairul Hafiz Jantan susulan catatan masa yang dilakukan ketika peringkat separuh akhir acara 100 Meter lelaki di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Poland awal pagi tadi.
Dr Khairi menjangkakan Khairul sepatutnya mampu melakar masa seperti yang dilakukan ketika di peringkat saringan.
“Catatan Khairul 10.44 saat di peringkat saringan adalah keputusan yang baik, Cuma saya tidak tahu mengapa berlaku catatan 10.58 di peringkat separuh akhir, mungkin kerana faktor tempoh perubahan yang agak singkat.
“Catatan 10.44 yang dilakukan oleh Khairul adalah bagus, dan hampir dengan rekod kebangsaan memandangkan pertandingan di Poland bukan tujuan utama mereka,” kata Dr Khairi Zawi.
Malah, Dr Khairi berpendapat, kejohanan yang disertai di Poland bukan matlamat utama Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul manap.
“Apa yang saya boleh komen, Program di Poland mungkin bukan keutamaan mereka sebenarnya, kerana kita tahu mereka tidak mahu bertanding di Poland dan tumpu kepada SUKMA, tetapi bersetuju selepas mengadakan perbincangan.
“Bila kita nk komen tentang kondisi atlet , banyak hal hal lain yang perlu diikirkan, dalam hal ini adalah sasaran atlet , mungkin sebelum ini dalam latihan mereka tiada sasaran khusus untuk kejohanan di Poland. Malah, keputusan untuk bertanding adalah di saat saat akhir,” katanya lagi.
Khairul Hafiz Jantan mara sehingga peringkat separuh akhir, manakala Badrul Hisyam Abdul Manap sekadar beraksi di peringkat saringan dalam acara 100 Meter lelaki.