Bekas pemain dan pengendali Liverpool, Kenny Dalglish disahkan positif jangkitan pandemik Covid 19.

Menerusi kenyataan ahli keluarganya yang dipaparkan di laman web rasmi liverpool fc,  beliau dimasukkan ke hospital pada Rabu untuk menerima rawatan dan diberikan antibiotik dan turut menjalani ujian pengesanan Covid 19.

 

 

Kenny Dalglish memilih untuk mengasingkan diri secara sukarela lebih lama daripada tempoh yang telah dinasihatkan sebelum dimasukkan ke hospital.

Beliau didalam kategori asymptomatic atau disahkan positif jangkitan meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom simptom jangkitan

Kenny Dalglish yang telah menjaringkan 175 gol dalam 515 penampilannya turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital yang banyak berkorban sepanjang tempoh pandemik Covid 19.

Beliau juga menasihatkan kepada orang ramai untuk mematuhi perintah dan panduan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan dan pakar pakar kesihatan.

Tambah kenyataan itu, perkembangan semasa Kenny Dalglish akan dikeluarkan sebaik beliau bersedia dan telah keluar dari hospital.

 

- Advertisement -