Sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik XXXIII Paris 2024, saya memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni Awang OLY pada perlumbaan Keirin Lelaki sebentar tadi.

Bagaimanapun, Ketua Komisar dan wakil badan induk dunia UCI mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni akibat memintas derny atau motorsikal yang menentukan rentak di hadapan kelompok pelumba sebelum motorsikal keluar daripada gelanggang perlumbaan.

Kontinjen Malaysia dengan berat hati menerima keputusan ini dan akan memberi sokongan moral tidak berbelah bagi kepada beliau. Pada masa yang sama pihak Institut Sukan Negara (ISN), juga akan menyediakan perkhimatan sokongan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni dalam berdepan dengan situasi yang sukar ini.

DATUK HAMIDIN MOHD AMIN
Ketua Kontinjen Malaysia ke Paris 2024

- Advertisement -