kepong
Kemenangan di tiga perlawanan awal Junior Purple League yang berlangsung di Kompleks Sukan Azman Hashim, USM Pulau Pinang minggu lalu belum menjamin keselesaan bukat Kepong BC.

Walaupun persembahan awal begitu menyakinkan dan sudah boleh dilabel sebagai pasukan pilihan untuk merangkul juara JPL 2016, namun jurulatihnya Ai Wei Jian berpendapat perlawanan awal itu tidak boleh dijadikan ukuran.

Wei Jian juga berharap pemainnya tidak berasa selesa dengan prestasi awal mereka yang luar biasa sebaliknya harus kekal konsisten dalam setiap perlawanan untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam JPL 2016.

“Mungkin pemain bermain dengan bagus minggu ini dan mungkin juga mereka tidak beraksi seperti yang  diharapkan dalam perlawanan selepas ini. Jadi saya akan memantau mereka dengan rapi dan saya harapkan mereka berehat dengan secukupnya,” kata Wei Jian.

“Pemain kami mempunyai semangat juang yang tinggi dan fizikal mereka juga baik jadi kami harapakan mengulanginya sekali lagi pada perlawanan seterusnya. Saya harap mereka akan beraksi dengan baik sekali lagi,” tambah jurulatih itu.

Namun, Kepong BC masih belum selesa untuk mendabik dada kerana  Juara JPL musim lalu, Petaling BC yang dibimbing bekas pemenang pingat perak Olimpik, Yap Kim Hock, turut melakar kemenangan pada tiga aksi pertama.

Kedua-dua pasukan akan terus memburu mata kemenangan mereka menjelang pusingan seterusnya yang akan berlangsung di Gem In Mall, Cyberjaya Sabtu dan Ahad ini.

- Advertisement -