apsf

Oleh Ku Mohd Lufti

Mesyuarat Exco Persekutuan Sukan Sukan Para ASEAN (APSF) yang berlangsung di ibu negara sejak Isnin tampak masih buntu menemui jalan penyelesaian terhadap penentuan jumlah sukan dan acara bagi Sukan Para ASEAN 2017.

Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Subramaniam Raman Nair, selepas gagal mencapai kata putus, APSF dan MPM bersetuju untuk menyerahkan keputusan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk memutuskan sukan yang akan dipertandingkan di Para ASEAN ke 9.

“Kita telah menghantar surat kepada menteri dan beliau dijangka akan mengumumkannya samada minggu ini atau minggu depan kerana sebagai tuan rumah, MPM perlu melakukan persiapan termasuk proses pendaftaran untuk temasya ini.” Kata Datuk Subramaniam.

Tambah Datuk Subramaniam lagi, Malaysia mencadangkan 16 jenis sukan namun wujud perbezaan pendapat daripada beberapa delegasi yang mahu menambah satu lagi sukan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan telahpun menerima surat tersebut dan telahpun selesai.

keputusan jenis sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Para ASEAN 2017 akan diumumkan kelak.

- Advertisement -