fam

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 19 Jun 2015 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut :

 

1. Tindakan pemain Terengganu, Paulo Rangel yang menendang bola ke arah penolong pengadil tambahan ke-2 dan menolak badan pengadil ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara pasukan Terengganu menentang Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 16 Mei 2015.

Pemain, Paulo Rangel telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Article 51 (b) Kod Tatatertib FAM 2015’ dibaca bersama dengan‘Article 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015’ dan pemain adalah dikenakan hukuman berikut:

Digantung daripada bermain selama enam (6) bulan berkuatkuasa mulai 20 Jun 2015 sehingga 19 Disember 2015 di atas kesalahan melanggar ‘Article 51 (b) Kod Tatatertib FAM 2015’ dibaca bersama dengan ‘Article 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015’; dan

Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Walau bagaimanapun Jawatankuasa telah memutuskan untuk menggunapakai ‘Article 35 Kod Tatatertib FAM 2015’ dimana Pemain, Paulo Rangel dikenakan penggantungan selama tiga (3) bulan pertama dahulu (dari 20 Jun 2015 hingga 19 September 2015) dan baki tiga (3) bulan (dari 20 September 2015 hingga 19 Disember 2015) adalah ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik Pemain.

Jika Pemain melakukan perlanggaran serius di bawah ‘Article 49 FAM Disciplinary Code 2015’, baki penggantungan tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap Pemain.

Keputusan ini boleh dirayu.

 

2. Tindakan pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menurunkan pemain yang tidak layak (ineligible) untuk bermain semasa perlawanan suku akhir ke-2 Piala FA antara JDT II menentang Lions XII di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 22 April 2015

Pasukan JDT II telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Article 57 para 1 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan “Ketidaklayakkan” dan dikenakan hukuman berikut:

Didenda sebanyak RM5,000.00;

Dilucutkan hak bagi bagi perlawanan inidi bawah ‘Article 32 Kod Tatatertib FAM’) dan pasukan JDT II dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan JDT II 0 – 3 Lions XII

Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Keputusan ini tidak boleh dirayu.

- Advertisement -