
Sesi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 telah berlangsung pada Kongres Tahunan FAM Kali Ke-61 2025 yang diadakan di Hotel Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor pada Sabtu, 15 Februari 2025.
Jawatan Presiden menjadi milik Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, Naib Presiden FAM bagi dua penggal sebelum ini selepas beliau menang tanpa bertanding untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Sri Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatan.
Bagi dua jawatan Timbalan Presiden, ia telah diisi oleh kedua-dua penyandangnya, Datuk Wira Mohd Yusoff Hj Mahadi dan Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai yang menang tanpa bertanding.
Sementara bagi pertandingan lima penjuru merebut empat jawatan Naib Presiden, ia telah menyaksikan penyandang, Datuk Seri Hj Rosmadi Ismail telah menerima undian tertinggi dengan 17 undi, sama jumlah undi dengan muka baharu, Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin, diikuti seorang lagi muka baharu, Dato’ Dollah Salleh dengan 16 undi dan Exco FAM sebelum ini, Saaran A/L Nadarajah dengan 13 undi. Seorang lagi calon iaitu Exco FAM sebelum ini, Syed Yazid Syed Omar tidak terpilih selepas hanya mendapat 9 undi.
Dua penyandang jawatan Naib Presiden sebelum ini iaitu Firdaus Mohamed dan Dato’ Posa Majais tidak bertanding kali ini.
Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco), dua kerusi yang dikhaskan kepada wanita kekal menjadi milik kedua-dua penyandangnya, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah yang mendapat 15 undi dan Dato’ Suraya Yaacob dengan 10 undi, mengatasi cabaran tiga muka baharu iaitu Datuk Dr Fadilah Sarbi yang mendapat 8 undi, Mimi Afzan Afza yang mendapat 3 undi dan Nur Izwani Azman yang tidak mendapat sebarang undi.
Baki lapan kerusi bagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang menampilkan seramai 14 orang calon bertanding menyaksikan ia telah dimenangi oleh Dato’ Zainal Abidin Hassan (18 undi), YB Hishamuddin Abdul Karim (17 undi), Datuk Mohd Hisamudin Yahaya (16 undi), Mohd Azizudin Mohd Shariff (16 undi), Tang Chee Hong (11 undi), Datuk Kamarudin Hj Hassan (11 undi), Dato’ Sri Mohd Yusri Hj Hassan Basri (11) undi dan Datuk Dr. Sugumaran A/L Parthasarathy (11 undi).
Hanya seorang penyandang berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) ini iaitu Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, manakala dua lagi penyandang yang turut bertanding, gagal berada dalam kalangan lapan teratas iaitu Dato’ Adly Shah Ahmad Tah yang mendapat 10 undi dan ACP (B) Md Dali Wahid yang mendapat 2 undi.
Empat lagi calon lain ialah Hj. Zulkifli Che Harun mendapat 9 undi, Dato’ Sri Hj Afandi Hamzah (6 undi), Zamri Ibrahim (4 undi) dan Dato’ Dr Fathul Bari Mat Jahya (2 undi).
Tiga penyandang bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) ini tidak bertanding pada pemilihan kali ini iaitu Dato’ Jefferey Low Han Chau, Christopher Raj Aralanthu dan Dato’ Sri Shahril Mokhtar.
Seramai 36 orang perwakilan, masing-masing dua orang daripada 18 ahli gabungan FAM telah hadir pada kongres kali ini manakala dua ahli gabungan digantung iaitu Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Bagaimanapun, hanya salah seorang daripada dua perwakilan dari setiap ahli gabungan itu yang boleh mengundi pada sesi pemilihan kali ini menjadikan jumlah keseluruhan 18 orang perwakilan yang mengundi.
* Siaran media ini dikeluarkan pada Sabtu, 15 Februari 2025
SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM BAGI PENGGAL 2025-2029
1. PRESIDEN
BIL | NAMA |
1. | DATUK MOHD JOEHARI MOHD AYUB |
2. TIMBALAN PRESIDEN
BIL | NAMA |
1. | DATUK WIRA MOHD YUSOFF HJ. MAHADI |
2. | DATO’ SIVASUNDARAM A/L SITHAMPARAM PILLAI |
3. NAIB PRESIDEN
BIL | NAMA |
1. | DATUK SERI HJ. ROSMADI ISMAIL |
2. | DATO’ MOHD AZHAR JAMALUDDIN |
3. | DATO’ DOLLAH SALLEH |
4. | SAARAN A/L NADARAJAH |
4. AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF
BIL | NAMA |
1. | DATO’ ZAINAL ABIDIN HASSAN |
2. | YB HISHAMUDDIN ABDUL KARIM |
3. | DATUK MOHD HISAMUDIN YAHAYA |
4. | MOHD AZIZUDIN MOHD SHARIFF |
5. | TANG CHEE HONG |
6. | DATUK KAMARUDIN HJ. HASSAN |
7. | DATO’ SRI MOHD YUSRI HJ. HASSAN BASRI |
8. | DATUK DR. SUGUMARAN A/L PARTHASARATHY |
5. AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF – WANITA
BIL | NAMA |
1. | DR. SITI FAIDUL MAISARAH ABDULLAH |
2. | DATO’ SURAYA YAACOB |