cas

Oleh Ku Mohd Lufti

Nasib bekas pemain tenis wanita nombor satu dunia, Maria Sharapova terhadap rayuan penggantungan oleh Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Sharapova memohon rayuan kepada CAS untuk mengurangkan tempoh penggantungannya kepada dua tahun.

Juara lima kali Grand Slam digantung oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Jun lalu selepas ujian dopingnya didapati positif mengandungi meldonium ketika menyertai Terbuka Australia Januari lalu.

Keputusan itu jelas mengecewakan Sharapova yang mendakwa dirinya tidak berniat untuk melanggar undang undang anti doping, malah menunding jari kepada ITF kerana bersikap tidak adil.

Meldounium merupakan salah satu ubat yang mampu menambah kelajuan sistem pengaliran darah dan meningkatkan tahap kecergasan atlet.

Justeru Agensi Antidoping Dunia (WADA) melabelkan Meldonium sebagai bahan terlarang dalam usaha memastikan atlet yang bertanding bebas daripada sebarang penggunaan bahan yang mampu meningkatkan prestasi atlet.

- Advertisement -