Majlis undian kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2015 berlangsung di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini. Berikut keputusan undian tersebut yang dilakukan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin dan Exco FAM, Dato’ Norhuda Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.
KUMPULAN A:
1. Pulau Pinang
2. Selangor
3. Sabah
4. Negeri Sembilan
5. Sarawak
KUMPULAN B:
1. PDRM
2. MISC-MIFA
3. ATM
4. Pahang
5. Perak
Kejohanan edisi ke-28 ini akan berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Bangi dari Ahad ini (2 Ogos) hingga 8 Ogos ini.
Berikut disertakan jadual penuh perlawanan peringkat kumpulan, separuh akhir dan final.