Perang dalaman pengurusan gergasi La Liga, Barcelona hampir selesai apabila Josep Maria Bartomeu melepaskan jawatan kerusi no. 1 kelab itu.
Perletakkan jawatannya susulan desakan dan tekanan ke atasnya yang dilihat gagal mengemudi kelab itu dengan baik.
Laporan media antarabangsa menyebut, lebih 20 000 ahli kelab itu menandatangani petisyen mendesak Bartomeu meletakkan jawatannya.
‘Dendam’ yang sekian lama terpendam di hati peminat selepas Bartomeu mengambil alih kerusi no. 1 Barcelona pada 2014 susulan pengurusan yang lemah sehingga menjejaskan struktur kewangan kelab.
Ditambah dengan kegagalan The Catalan memenangi sebarang trofi musim lalu mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan semakin parah ketika pandemik Covid 19 dimana pemain pemain dan pegawai pasukan dikenakan pemotongan gaji untuk menampung aliran tunai pasukan.
Keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pemain termasuk bintang mereka, Lionel Messi.
Kekeruhan ini memaksa pemain berusia 33 tahun itu untuk membuat keputusan mengangkat kaki meninggalkan Nou Camp.
Namun beliau menarik balik keputusan dan kekal untuk bersama Barca untuk semusim lagi sebelum kontraknya tamat pada 2021 selepas yakin dengan pendirian pengendali baharu, Ronald Koeman.
Kekuatan penyokong sukar untuk digugat di Barcelona. Josep Maria Bartomeu mendapat lebih 80% undi tidak percaya ke atasnya dimana hanya 66% sahaja undi tidak percaya diperlukan untuk menyingkirkannya.
Ketika era awal pemerintahnnya, Barca berjaya menjulang 4 trofi pada musim 2014/2015 namun segalanya mula berubah selepas Tne Catalan melepaskan bintang Brazil, Neymar ke PSG.
Barca membelanjakan 400 juta Euro untuk mendapatkan Philippe Coutinho, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele, namun kesemua pemain ini tidak menunjukkan sebarang keputusan positif sehingga menjejaskan struktur kewangan kelab.