pusat-latihan-perahu-layar-kebangsaan-langkawi

Oleh Ku Mohd Lufti

Kerja kerja menaik taraf venue acara perahu layar di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi bagi temasya Sukan SEA 2017 dijangka siap Mei tahun depan.

Penyelia Pusat Latihan, tersebut, Nabil Fikkri Mohammed Fauzi menjelaskan pihaknya kini giat memberi fokus terhadap kerja kerja menambak dan membina pemecah gelombang laut yang sudah pun mencapai 15 peratus.

“Mengikut perancangan, kerja membina pemecah gelombang laut akan siap pada Januari nanti manakala tambak pula perlu disiapkan sebelum Mei. Kedua-dua projek ini merangkumi keluasan 120 meter keseluruhan,” kata Nabil Fikkri Mohemmed Fauzi.

Katanya lagi, segalanya perlu siap mengikut perancangan kerana ada beberapa pra perlawanan membabitkan penyertaan pasukan antarabangsa pada Jun dan Julai nanti.

“Bukan sekadar menambak, kawasan itu juga akan didalamkan bagi menyelesaikan masalah bot terkandas apabila air laut surut.

“Perkara ini penting bagi memastikan kelancaran atlet kita turun berlatih dan perlawanan dijalankan tanpa terjejas dengan pasang surut air,” katanya.

Dalam pada itu, atlet pelayaran berdepan sedikit kesukaran kerana perlu meletakkan bot kira kira 500 Meter dari tempat asal susulan kerja kerja menambak.

Namun ia bukan penghalang utama kerana lokasi sementara yang disediakan masih lagi selesa untuk kegunaan sementara buat atlet.

- Advertisement -