Majlis perayaan Hari Tibi Sedunia peringkat Kuala Lumpur telah dilangsungkan bersama acara Pagi Bebas Kenderaan KL pada pagi ini 2hb April, 2017 di Dataran DBKL. Melepaskan peserta peserta ialah DATUK HAJI NAIM BIN DATUK HAJI MOHAMAD, PENGERUSI BERSAMA JAWATANKUASA PELAKSANA PAGI BEBAS KENDERAAN KUALA LUMPUR bersama DR. ZAINUDIN BIN ABDUL WAHAB PENGARAH, JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA.
Penyakit Tuberkulosis (tibi) atau dikenali juga sebagai âbatuk keringâ telah lama wujud di negara kita. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 10.4 juta kes Tibi di seluruh dunia bagi tahun 2015 dan 1.8 juta kematian yang disebabkan oleh penyakit Tibi. Bagi Kuala Lumpur, pada tahun 2016, terdapat 1,903 kes Tibi telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 4.6% berbanding 1819 kes yang dilaporkan pada tahun 2015. Jumlah kematian Tibi pada tahun 2016 di Kuala Lumpur adalah seramai 73 orang.
Hari Tibi Sedunia disambut di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya setiap tahun adalah bagi tujuan meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi yang dilakukan di seluruh negara di samping memperingati sejarah penemuan kuman Mycobacterium Tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac, 1882.
Tema bagi sambutan hari Tibi sedunia adalah âBersatu Ke Arah Malaysia Bebas Tibiâ. Tema ini membawa maksud pihak kementerian menyeru komitmen semua pihak yang memberi perkhidmatan kesihatan berkaitan penyakit Tibi di negara ini termasuklah fasiliti kesihatan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), kerajaan tempatan dan masyarakat setempat untuk bersama-sama berganding bahu dalam membanteras penyakit Tibi serta menjamin rakyat sihat tanpa Tibi.
WHO di dalam End TB Strategy berhasrat untuk menjadikan dunia bebas Tibi pada tahun 2035 di mana Kadar Insiden Tibi akan diturunkan sebanyak 90% (berbanding data tahun 2015); dan jumlah kematian Tibi akan diturunkan sebanyak 95% menjelang tahun 2035 (berbanding data pada tahun 2015). Bagi memastikan Malaysia melangkah seiring dengan sasaran yang ditetapkan oleh WHO tersebut, kementerian telah merangka âPelan Strategik Kawalan Tibi Kebangsaan (2016-2020)â.
Terdapat tiga (3) komponen utama pelan strategik ini. Komponen pertama adalah fokus kepada aspek diagnosis dan rawatan pesakit Tibi. Komponen kedua adalah fokus kepada komitmen politik, penglibatan agensi kerajaan, NGO, pengamal perubatan swasta dan komuniti di dalam aktiviti pencegahan penyakit Tibi.
Sokongan daripada sukarelawan terlatih diperlukan bagi memastikan pesakit mengambil ubatan Tibi setiap hari selama 6 bulan dan tiada lagi kes terhenti rawatan. Analisa kohort 2015 mendapati sejumlah 1,296 pesakit Tibi telah terhenti rawatan. Pesakit terhenti rawatan ini berisiko mendapat penyakit Tibi resistant atau MDR-TB. Pesakit MDR-TB perlu mengambil ubatan anti- Tibi second line yang lebih lama iaitu satu hingga dua tahun dan kos rawatan adalah lebih tinggi.
Pada tahun 2016, sejumlah 70 kes MDR-TB telah dikesan di negara kita. Komponen ketiga adalah kajian yang intensif dan inovasi amat digalakkan bagi membantu dalam program kawalan penyakit Tibi yang lebih berkesan dan efektif.
Penyakit tibi merebak melalui udara. Diantara tanda-tanda penyakit tibi adalah batuk-batuk yang berpanjangan melebihi dua (2) minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.
Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda ini perlu tampil ke klinik-klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran bagi melakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian saringan penyakit Tibi iaitu pemeriksaan kahak di bawah mikroskop dan ujian x-ray dada.
Menurut kajian, satu (1) pesakit Tibi smear positif yang tidak dirawat boleh menyebarkan kuman Tibi sehingga wujud pula 10 hingga 15 pesakit Tibi baru setiap tahun.
Masyarakat perlu lebih peka tentang tanda-tanda penyakit tibi dan memberikan kerja sama yang baik apabila diarahkan oleh pihak kesihatan untuk membuat pemeriksaan terutama di kalangan kontak atau keluarga pesakit.
Ini kerana mereka berkemungkinan besar mempunyai âLatent Tibiâ yang bermaksud mereka sudah terkena jangkitan namun belum menunjukkan gejala penyakit. Mereka ini berisiko tinggi untuk mengidap tibi kemudiannya.
Hebahan mengenai penyakit tibi akan diteruskan agar maklumat mengenai penyakit tibi dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat. Dengan komitmen yang tinggi oleh anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari segenap lapisan masyarakat, hasrat Malaysia untuk bebas Tibi menjelang tahun 2035 akan menjadi kenyataan.