Damian Yeo Shen Li meletakkan jawatannya selaku Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) hari ini.

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Duyung itu mengesahkannya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial facebook hari ini.

Beliau memegang jawatan selaku Presidan MUSA kira kira lima bulan selepas dilantik untuk menerajui kerusi utama MUSA pada 1 November tahun lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua staf MUSA, barisan Exco, pemain-pemain dan semua penyokong pasukan Melaka yang berdiri di belakang saya dengan memberi sokongan yang kuat kepada selama ini.

“Dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri, saya meletak jawatan sebagai Presiden MUSA berkuat kuasa dengan serta merta, ini adalah termasuk dengan Exco-exco yang di lantik oleh saya,”kata Damian.

Beliau juga menerangkan beberapa uaha yang telah dilakukan sepanjang mengambil alih kepimpinan utama MUSA termasuk menyelesaikan hutang yang melibatkan pasukan itu.

“Apabila saya menerajui sebagai Presiden pada 1.11.2019, terdapat RM11.151 juta. 70% adalah hutang pemain-pemain.

“Selainnya adalah hutang dari pembekal sejak tahun 2016. Dan dibawah pengurusan saya, saya telah menyelesaikan hutang sebanyak RM5.7 juta (ini termasuk wang sebanyak RM2.6 juta yang dikeluarkan dari pihak saya).

“Buat masa ini sebanyak RM1.4 masih tertunggak kepada pasukan Presiden 2018/2019, Belia 2018/2019, pengurusan dan agensi statutori yang perlu dibayar.

“Kerana ini Melaka bakal ditolak mata. Disebabkan isu politik dan coronavirus yang berpanjangan akan dan sedang mengugat masalah kewangan MUSA buat masa ini,”katanya lagi.

Beliau berharap penyokong setia MUSA terus memberikan sokongan kepada pengurusan baru.

 

 

- Advertisement -