Oleh Muhammad Aiman
Beraksi di hadapan penyokong sendiri, prestasi semasa yang lebih meyakinkan dan hanya perlu seri untuk mara ke separuh akhir.
Tiga perkara itu mungkin memberikan kelebihan kepada tuan rumah Myanmar apabila melayani Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki, di Stadium Thuwanna, Yangon, malam ini.
Namun di kem negara, keyakinan dan motivasi cukup tinggi betapa mereka boleh mengatasi segala tekanan dan keraguan untuk sekali lagi mengesahkan tempat di kedudukan empat terbaik buat kali keempat berturut-turut.
Harimau Malaysia sudah cukup sinonim dengan situasi ini, situasi yang memerlukan mereka wajib menang perlawanan terakhir kumpulan setelah tewas 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan kedua Rabu lalu, dan mereka kini bersedia memberikan yang terbaik sekaligus menepis padangan pesimistik terhadap kemampuan mereka mencapai sasaran ke separuh akhir. Â
Tidak mahu barisan pemainnya dikuasai rasa terlalu yakin, pengendali skuad kebangsaan Datoâ Ong Kim Swee bagaimanapun lebih berminat untuk melihat pemainnya menterjemahkan keyakinan tersebut dengan aksi berkualiti dan lebih bertenaga di atas padang.   Â
âWalau apa situasi sekalipun, kami tidak boleh pandang Myanmar sebelah mata. Kedua-dua pasukan memerlukan keputusan positif dan saya lihat Myanmar pasukan yang kuat kerana mereka dibarisi pemain muda dan apa yang mereka pamerkan dalam dua perlawanan terdahulu memperlihatkan  kekuatan mereka.
âSaya percaya pemain-pemain tahu apa yang menanti di depan mereka nanti, ini satu cabaran besar untuk mereka namun saya boleh katakan kita sudah bersedia dengan game-plan dan taktikal kita. Kita tetap ada peluang dan ini masanya untuk pemain menunjukkan satu semangat juang tinggi dan menyambar peluang tersebut,â ujar Kim Swee.
Pengendali berusia 45 tahun itu turut mengakui dikerah beraksi dalam cuaca panas dalam dua perlawanan berturut-turut sedikit menjejaskan kecergasan para pemainnya namun berpendapat mereka akan cergas sepenuhnya menjelang perlawanan tatkala Syazwan Zainon dan Ronny Harun pula masih diragui dapat diturunkan atau tidak setelah kedua-duanya mengalami kecederaan ketika menentang Vietnam.
Dalam pada itu, pemain tengah, Baddrol Bakhtiar pula menegaskan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Myanmar tidak seharusnya menghadirkan rasa gentar dan berjanji dia dan rakan sepasukan akan mengerah sehabis kudrat bagi memastikan kemenangan.
âSudah tentu kami akan bermain habis-habisan. Perlawanan menentang Vietnam tempoh hari banyak memberi kami pengajaran, apapun saya yakin kami mampu melakukan kejutan sepertimana edisi lalu di mana kita menewaskan tuan rumah Singapura untuk layak.
âSeperti semua sedia maklum, baik Piala AFF mahupun Sukan Sea, kita akan melalui jalan getir. Melihat kepada permainan yang telah kita tunjukkan, saya percaya kita akan dapat menundukkan Myanmar dan mara ke separuh akhir.â
Untuk rekod, sepanjang Piala AFF Suzuki dianjurkan, Malaysia hanya gagal ke separuh akhir sebanyak dua kali iaitu pada 1998 dan 2008 manakala pencapaian terbaik pula adalah muncul juara pada 2010 serta dua kali muncul naib juara pada 1996 dan 2014.
Myanmar pula sebaliknya, hanya pernah mara ke separuh akhir sekali pada 2004 dan ianya kekal sebagai pencapaian terbaik mereka sehingga kini.