Kuala Lumpur dalam landasan terbaik untuk menjulang kejuaraan 100Plus Liga Premier 2017.
Skuad bimbingan Fabio Maciel da Silva itu sedang mendahului liga menerusi beza jaringan ke atas Terengganu dan kemenangan ke atas Johor Darul Takzim II dalam aksi terakhir di Stadium Pasir Gudang pada Jumaat ini akan memastikan mereka mendakap trofi pertama selepas penantian panjang selama 17 tahun.
Skuad warga kota berada dalam prestasi terbaik mereka dengan rekod gah menang 12 daripada 13 perlawanan terakhir liga sekaligus menyaksikan keyakinan cukup memuncak di kalangan barisan pemain pasukan itu untuk menamatkan musim dengan nota gemilang.Â
âHanya satu perlawanan memisahkan kami dengan kejuaraan liga dan kami tidak mahu lepaskan peluang ini. Pemain telah menunjukkan kerja keras, komitmen dan dedikasi tinggi sejak awal musim dan mereka sedar apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini.
âMereka mahu teruskan prestasi cemerlang dan momentum yang telah dicipta tetapi dalam masa sama kami menghormati setiap lawan kami. Kami telah membuat persiapan terbaik sepanjang sebulan liga berehat bagi menghadapi aksi terakhir ini,â kata Fabio.
Kuala Lumpur akan turun berdepan JDT II bimbingan Benjamin Mora tanpa kelibat pemain tengah dari Argentina, Nicola Dul yang patah pergelangan tangan ketika menentang Sabah pada bulan lalu.
Begitupun, mereka mempunyai kelibat âmesin golâ Guilherme De Paula untuk dipertaruhkan merobek gawang JDT II.
Guilherme sudahpun menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan musim ini dan hanya memerlukan satu gol sahaja lagi untuk menyamai rekod penjaring terbanyak pasukan, Marcelo Padilha da Rocha yang menjaringkan 30 gol pada 2004.
Kegagalan Kuala Lumpur mengutip mata penuh bagaimanapun akan menyaksikan kejuaraan menjadi milik Terengganu seandainya pasukan bimbingan Irfan Bakti itu berjaya menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Stadium Ipoh.
Dalam pada itu, JDT II pula tekad kecewakan impian besar Kuala Lumpur tatkala mereka juga memasang hasrat untuk tidak tewas pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri.
âKami telah menjalani latihan intensif malah berpeluang berlatih bersama-sama JDT, ia satu pendedahan yang cukup baik kepada pemain. Pasukan ini juga tidak pernah tewas sejak saya kembali membimbing mereka dan saya optimis motivasi mereka cukup tinggi mahu teruskan rentak ini dan raih tiga mata,â kata Mora.
Sang jengking yang sudahpun sah mengakhiri musim di kedudukan lima teratas akan melayan kunjungan Kuala Lumpur tanpa khidmat pemain pertahanan, Amir Saidin.
Mereka bagaimanapun berpeluang melonjak ke kedudukan keempat seandainya berjaya menewaskan Kuala Lumpur manakala Negeri Sembilan pula tewas kepada Sabah.OLEH MUHD AIMANÂ