nfdp-1

Oleh Ku Mohd Lufti

Dalam memastikan kesinambungan program pembangunan bolasepak yang lebih berdaya saing, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) membentuk hubungan dua hala dengan Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN).

Matlamat utama KFA adalam menggunakan sistem PPBN di Kedah untuk pembangunan peringkat akar umbi sekaligus melahirkan bakat bakat baru untuk skuad Lang Merah.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melihat usaha julung kali oleh KFA yang menjalin kerjasama dengan NFDP sesuatu yang membanggakan.

Malah, sejak 2015, NFDP telahpun menawarkan sebarang bentuk kerjasama dengan persatuan persatuan bolasepak negeri dan kelab yang bernaung dibawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyelaraskan semua inisiatif pembangunan bolasepak di negeri masing masing.  

“Ini adalah satu pejanjian yang bersejarah kerana melalui perjanjian ini, kita akan dapat penyelarasan yang lebih baik lagi di peringkat negeri, dan akademi akademi yang ditubuhkan dibawah NFDP di negeri Kedah akan bekerjasama dengan rapat dengan KFA sebagai ‘feeder’ kepada pasukan negeri Kedah.” Kata Khairy Jamaluddin.

Akademi Datuk Ahmad Basri (ADAB) di SMK Tunku Anum akan dijadikan sebagai Akademi Elit Remaja KF untuk remaja berumur 13 hingga 17 tahun.

Dua venue telah pun dikenal pasti sebagai pusat latihan; Stadium Suka Menanti dan Kompleks Hijau Kuning manakala dua lagi lokasi latihan yang dicadangkan Padang Penjara Alor Setar dan Padang INSPIN masih lagi dalam perbincangan.

Khairy turut menyaksikan Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman, (MoU) diantara KFA dan Kementerian Belia dan Sukan diadakan di Menara KBS, Putrajaya.

KFA diwakili Setiausaha Kehormatnya Datuk Aminuddin Omar dan Timbalan Presiden, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Pengarah NFDP, Safirul Azli Abu Bakar.

- Advertisement -