Oleh Ku Mohd Lufti
Perkhabaran gembira dari Bydgoszcz, Poland apabila pelari pecut remaja, Khairul Hafiz Jantan mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Olehraga Dunia IAAF Bawah 20 Tahun dalam acara 100 Meter lelaki.
Khairul melakar masa 10.44 saat sekaligus menduduki temopat kedua, saringan kedua dibelakang pelari kelahiran Brazil, Paolo Andre de Oliviera yang mencatat 10.31 saat.
Namun, nasib seorang lagi pelari pecut, Badrul Hisyam Abdul Manap apabila gagal mengikuti jejak Khairul, selepas sekadar di tangga kelima, saringan keempat dengan catatan masa 10.66 saat.
Acara pecut 100 Meter membariskan 38 atlet yang dibahagi kepada 6 peringkat saringan dan hanya tiga atlet pertama sahaja layak ke peringkat separuh akhir,manakala enam lagi atlet dipilih berdasarkan kedudukan catatan masa.
Dalam ranking 43 atlet yang beraksi, Khairul Hafiz menduduki tangga ke sembilan keseluruhan manakala Badrul di tangga ke 25.
Atlet kelahiran Amerika Syarikat, Noah Lyles paling pantas untuk menghuni tangga teratas, dengan catatan masa 10.28 saat.
Peringkat separuh akhir esok, Khairul akan beraksi di peringkat saringan ketiga dan perlu menduduki dua tangga teratas untuk melangkah ke peringkat final.