Khairul Idham Pawi mencipta kemenangan sensasi di Grand Prix Argentina pada 3 April lepas, kemenangan yang menjadi bualan seluruh negara. Dalam tempoh semalaman, namanya membanjiri rangkaian media sama ada tradisional mahupun media sosial. Remaja berusia 17 tahun itu yang belum begitu dikenali ramai menjadi pelumba Malaysia pertama yang memenangi perlumbaan di kejuaraan peringkat dunia itu. Namun tidak ramai yang menyedari, kejayaan yang dicapai memerlukan perjalanan yang panjang, dan bagi Khairul, ia bermula sejak lima tahun lepas.
Pelumba kelahiran Perak itu membuat penampilan sulung di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dalam kategori Cabaran Honda Wave Junior – perlumbaan satu pengeluar yang dibiayai oleh Honda sebagai landasan mencari bakat-bakat baharu. Pada tahun 2012 ketika berusia 13 tahun, Khairul Idham telah menunjukkan bakatnya apabila berjaya mendominasi saingan dan bergelar juara keseluruhan. Tahun berikutnya, Khairul Idham beralih ke kelas terbuka iaitu kategori Wira – perlumbaan khusus buat remaja berusia 13 hingga 17 tahun.
Pada tahun serupa juga Honda meletakkan remaja itu beraksi di dalam saingan Asia Dream Cup, perlumbaan satu pengeluar Honda yang dijalankan serentak bersama Kejuaraan Motosikal Asia FIM. Dalam tempoh dua tahun, pada tahun 2014 Khairul memahatkan namanya sebagai juara yang ketiga dalam kategori perlumbaan yang melibatkan remaja seluruh Asia itu, dan turut mendominasi saingan Wira apabila muncul sebagai juara keseluruhan pada tahun yang sama. Tahun 2015, Khairul melangkah lebih jauh apabila dipilih untuk membawa cabaran Honda Team Asia di Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol selain turut menghabiskan tahun tersebut di dalam Kejuaraan Cub Prix dalam kategori CP115.
Kemenangan ini meletakkan Khairul sebagai pelumba pertama yang memenangi perlumbaan dunia dan juga pelumba pertama yang menghadiahkan podium buat pasukan Honda Team Asia. Malah dalam sekelip mata, nama Khairul menjadi satu fenomena.
“Mewakili semua yang terlibat di dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia, kami mengucapkan tahniah di atas kejayaan Khairul Idham. Kami berkongsi kegembiraan di atas kejayaannya dan pada masa sama berharap dia terus mempunyai masa depan yang cerah dan lebih banyak kejayaan dicapai,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, promoter bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia.
“Kejuaraan Cub Prix Malaysia telah berlangsung selama 23 tahun dan sedikit demi sedikit mengubah perjalanan industri sukan permotoran negara – khususnya untuk melihat bakat-bakat muda seperti Khairul Idham sentiasa datang, berkembang dan bersinar. Ia merupakan satu proses yang panjang – bermula dari mewujudkan kelas Wira yang tidak begitu meyakinkan bagi sesetengah pihak, untuk meyakinkan pihak pengeluar untuk sama-sama mewujudkan landasan perlumbaan satu pengeluar bagi mengesan lebih ramai bakat perlumbaan, untuk bekerjasama dengan PETRONAS dan rakan-rakan penaja lain seperti Honda dalam usaha mewujudkan landasan yang memberi manfaat kepada banyak pihak, bukan hanya pihak tertentu. Sekarang kita sudah melihat usaha selama dua dekad ini semakin membuahkan hasil. Selepas Khairul, di belakangnya terdapat ramai pelumba lain yang berpotensi, bukan sekadar bagus, malah bakat-bakat ini berada di dalam pelbagai peringkat.”
“Khairul merupakan contoh di mana tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Proses membangunkan seseorang atlet memerlukan masa dan keputusan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata. Kejuaraan Cub Prix adalah percuma kepada setiap penonton. Ketika kami menganjurkan acara untuk membangunkan pelumba-pelumba, menjual tiket-tiket kepada penonton bukan merupakan sebahagian dari perancangan. Ini dilakukan kerana minat dan percaya terhadap bakat-bakat yang ada di Malaysia dan Asia. Oleh itu, sudah tentu kita perlu meletakkan kebajikan pelumba dan pasukan sebagai keutamaan terlebih dahulu sebelum perkara-perkara lain. Meskipun langkah ini dilihat tidak popular, namun ia hanya untuk seketika.”
Khairul Idham Pawi: An overnight sensation 5 years in the making
Khairul Idham Pawi’s sensational win at the GP of Argentina on April 3, 2016 captivated the nation’s imagination. Overnight, his name flooded the traditional and social media networks. To many, this 17-year-old teenager came out of nowhere to become the first ever Malaysian to win a race at the world level. What few realized was that this overnight sensation took five years in the making.
The Perak-born rider made his debut in the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship in the Honda Wave Challenge category – a single-make scholarship talent development platform developed by Honda and runs in conjunction with the Cub Prix. In the 2012 season, the then 13-year-old Khairul Idham was the stand out talent of the class where he completed a perfect season.
In 2013, Khairul Idham moved up from single-make to win the Wira category that is specifically for riders aged 13 to 17 years old. The Honda’s talent path for emerging young riders then took Khairul to the Asia Dream Cup, yet another talent mill but this time raced in conjunction with the FIM Asia Road Racing Championship.
Khairul became the third rider to win the Asia Dream Cup title in 2014, the same year he clinched the Wira title in the Malaysian Cub Prix. In 2015, Khairul spent a year juggling racing appointments in both the Spanish National Championship (CEV) and the Malaysian Cub Prix. Finally in 2016, the Malaysian ace made his full season debut in the Moto3 World Championships.
Khairul’s victory created many ‘firsts’ – he was the first Malaysian to win a race in the world series, a feat that many had come close but did not accomplish. He was also the first win for Honda Team Asia. However, he was anything but a sudden phenomenon.
“On behalf of everyone in the Malaysian Cub Prix, we would like to extend our congratulations to Khairul Idham. We share in his delight and will continue to pray for his future successes,” said Ron Hogg, Director of Safe Aim Mutual Sdn Bhd, the race promoters of the Malaysian Cub Prix.
“The Malaysian Cub Prix has spent 23 years patiently changing the course of the motorsports industry – specifically so that a young talent like Khairul Idham can come in, shine and develop. It has been a long process – from starting the age-capped Wira class despite scepticism from many parties, to convincing the motorcycle manufacturers to turn their one-make races into talent developmental platforms, to working with PETRONAS and other partners like Honda to establish a platform that bring benefits to many and not just a few. Now, we are beginning to see the efforts of two decades coming to fruition. Behind Khairul Idham, there are many other riders with the potential to be just as good – each one of them are at a different stage of their development.”
“Khairul Idham Pawi is a case study about how there are no short cuts to success. Developing any athlete takes time. Results do not happen overnight. The Malaysian Cub Prix is free to all spectators. When we develop riders, it is not about selling tickets to our events. This is done for the love of the sport and in our strong belief in the talents of Asian riders. Therefore, it is important that we place the riders’ and teams’ welfare first before any other consideration – no matter how unpopular that decision may be in the short term.”