Pelumba Petronas Sprinta Racing, Khairul Idham Pawi meneruskan sesi latihan pra musim di Litar Antarabangsa Sepang meskipun sesi percubaan telahpun diadakan pada minggu lalu.
Khairul mahu menyesuaikan diri dengan enjin baru (Triumph) bersama sama jentera Kalex sebelum musim 2019 bermula.
Sesi latihan bersama sama pasukan teknikalnya di SIC, Khairul melakukan 71 pusingan dan memfokuskan terhadap penguasaan enjin baru sebelum memberi tumpuan terhadap persiapan chasis, geometri dan aspek teknikal lain.
“Saya gembira dapat menunggang jentera ini selepas berehat panjang. Kami lebih memberi fokus terhadap sistem elektronik, suspensi dan clutch.
“Setiap pusingan, kami menunjukkan peningkatan dan ia merupakan perkembangan yang positif untuk pasukan dan saya berpuas hati dengan dengan kerja kerja yang telah dilakukan dan ia akan teruskan dilakukan pada esok,”kata Khairul