Boon Siew Honda Sdn Bhd, syarikat pengeluar motosikal yang selama ini menjadi tunjang kepada perkembangan Khairul Idham Pawi berharap pelumba berusia 17 tahun itu diberikan ruang dan masa untuk kekal fokus dalam perjalanan kariernya di pentas kejuaraan dunia itu.
“Kami berterima kasih kepada media di Malaysia dan juga orang ramai yang menghargai kejayaan dan menunjukkan minat secara tiba-tiba terhadap Khairul Idham. Kami telah melabur jutaan ringgit sepanjang lima tahun lepas kepada Khairul untuk dia mencapai ke tahap hari ini. Ketika ini kejayaan Khairul begitu mendapat perhatian – dan pada masa sama kami berharap dia dapat diberikan ruang untuk menumpukan sepenuh perhatian supaya dapat mengekalkan momentum bagi menghadapi perlumbaan mendatang,” kata Zulhelmi Ahmad, Pengurus bahagian Motorsports Boon Siew Honda Sdn Bhd.
“Khairul baru berusia 13 tahun ketika dia menyertai program pembangunan Honda pada tahun 2012. Sepanjang lima tahun berganding bahu dengan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Asia Dream Cup dan Honda Jepun, kami berjaya membentuk dan mengembangkan bakat Khairul untuk menjadi pelumba bertaraf dunia.
GIVE KHAIRUL IDHAM TIME AND SPACE TO FOCUS ON HIS NEXT RACE
Boon Siew Honda Sdn Bhd, the company directly behind the rise of Khairul Idham Pawi, is asking for time and space to allow the 17-year-old young rider to continue on his journey.
“We thank the Malaysian media and the public for their sudden interest in Khairul Idham. But the truth is that, we have spent the past five years investing millions into this young boy specifically to reach this moment. Khairul now stands on the cusp of greatness – and we respectfully request that he be allowed to concentrate on the coming races so that his momentum will not be affected,” said Zulhelmi Ahmad, Motorsports Manager of Boon Siew Honda Sdn Bhd.
“Khairul came to us as a shy 13-year-old when he joined the Honda development programme in 2012. Over the past five years, working hand in hand with the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship, the Asia Dream Cup and Honda Japan, we have succeeded in moulding Khairul’s raw talent into a potential world-class winner. Khairul has a tough journey ahead of him. It won’t always be smooth sailing. The last thing we need is for history to repeat itself. Learning from the painful lessons experienced by Zulfahmi Khairuddin, we do not want to see Khairul placed on a high media pedestal before the time is right. Neither are we comfortable publicly vilified should he stumble along the way.”
“Khairul bakal menempuh perjalanan yang lebih sukar selepas ini dan adakalanya ia tidak berjalan dengan lancar. Apa yang diharapkan agar kejayaan seperti ini akan berulang lagi. Pembelajaran dan pengajaran daripada kisah-kisah lepas, kami akan memberikan yang terbaik kepadanya dan akan terus memberikan sokongan tidak kira di saat yang baik atau sebaliknya.”