Oleh Muhammad Aiman
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menyatakan pendirian sama ada mahu atau tidak bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya selepas calon âpopularâ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pengesahan secara rasmi mengenai kesediaannya menerima pencalonan untuk mengisi kerusi panas itu. Â Â
Khairy yang namanya dicalonkan oleh enam ahli gabungan FAM, sebelum ini pernah memberitahu akan menarik diri seandainya Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu bersetuju untuk bertanding dalam Kongres Pemilihan FAM ke-53 pada 25 Mac depan.
Dan TMJ pada Isnin lalu telahpun menyatakan persetujuannya untuk menyahut cabaran setelah mendapat perkenan ayahandanya, hasil pertemuan secara tertutup bersama 14 ahli gabungan FAM diketuai Datuk Yusoff Mahadi dari Persatuan Bolasepak Melaka.
Begitupun, Khairy berpendapat belum masanya untuk membuat sebarang keputusan. Â
âSaya mahu lihat pengesahan itu dibuat, borang kena diisi, macam Tan Sri Annuar (Musa) buat lah, kemudian baru kita tahu bahawa beliau nak bertanding. Itu satu-satunya pengesahan yang diambil kira.
âKalau setakat keluarkan kenyataan dan gambar (perjumpaan dengan ahli gabungan) itu belum menggambarkan apa-apa. Biar beliau sahkan dulu, kemudian baru saya komen,â kata Khairy yang ditemui pemberita ketika sidang media Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontijen negara ke Sukan Asia Musim Sejuk di Jepun, pada Rabu.
Untuk makluman, selain Khairy, TMJ dan Annuar, seorang lagi calon bagi mengisi jawatan Presiden FAM yang kosong sejak ditinggalkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 2016 adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.
Setakat ini, hanya Annuar seorang sahaja yang sudahpun membuat pengesahan rasmi mahu bertanding setelah menghantar borang pencalonan kepada FAM pada Isnin lalu. Â
Dalam pada itu, seramai 35 atlet negara membabitkan tiga jenis sukan iaitu Hoki Ais, Skating dan Skiing akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia Musim Sejuk kali ini dengan sasaran utama untuk memberikan mereka pendedahan dan juga sebagai platform persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.