SEKRETARIAT MASOC di Bukit Jalil pada Isnin (22 Mei) menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan YB Brig Jen Khairy Jamaluddin yang melakukan tinjauan secara dekat operasi di sekretariat berkenaan.
YB Brig Jen Khairy melakukan tinjauan ringkas berkenaan bagi melihat tahap persiapan pelbagai jabatan dan bahagian yang terbabit selain menaikkan semangat petugas-petugas Sekretariat yang bertungkus lumus memastikan kelancaran penganjuran temasya Kuala Lumpur 2017.
Sekretariat MASOC, yang terletak di Gimnasium 3 Bangunan Majlis Sukan Negara (MSN) dan diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Seri Zolkples Embong, terdiri dari pentadbir sukan dan pegawai dari kesemua sukan yang terbabit dalam penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN.
YB Brig Jen Khairy diberikan penerangan mengenai persiapan, kemudahan dan juga kerja-kerja penyelarasan terkini yang membabitkan pelbagai jabatan.
Sukan SEA ke-29 dari 19-30 Ogos mempertandingkan 38 sukan membabitkan 405 jenis acara manakala Sukan Para ASEAN ke-9 yang dijadualkan dari 17-23 Sept membariskan senarai 16 sukan.
YB BRIG JEN KHAIRY VISITS MASOC SECRETARIAT
YB Brig Gen Khairy Jamaluddin on Monday (22 May 2017) visited MASOC Secretariat in Bukit Jalil to inspect preparation work and operation for the upcoming Kuala Lumpur 2017 Games which commences in August.
In the brief visit, YB Brig Gen Khairy had a closer look at the overall operation of secretariat which is responsible in ensuring smooth operation and coordination involving 17 sub-committees of the 2017 Games.
YB Brig Gen Khairy was also briefed by officials on various aspects of the Games including information technology, overall Games coordination, marketing and administration.
The 29th SEA Games takes place from Aug 19-30 with 38 sports and 405 events on its schedule while the 9th ASEAN Para Games is slated from 17-23 Sept.