Oleh Ku Mohd Lufti
Debaran dikalangan atlet dan pegawai yang akan menggalas tugas di Sukan SEA ke 29 dan Para ASEAN ke 9 tahun depan semakin dirasai khususnya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Dengan baki kurang dari lapan bulan bagi sukan SEA dan Sembilan bulan bagi Para ASEAN, Khairy mahu atlet atlet negara menekankan mentaliti untuk mencari kemenangan.
Ini kerana, tahun 2017 menjadi peluang terbaik buat atlet negara khususnya atlet pelapis untuk memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri di Kuala Lumpur 2017 kerana bakal mendapat sokongan daripada keluarga, malah seluruh rakyat Malaysia.
Lebih 800 atlet dan pegawai yang terpilih kelak bertuah kerana peluang untuk menjadi tuan rumah mungkin hanya akan hadir dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.
“Saya mahu saudara saudari menjadi tamak dan sombong, tetapi tamakkan dab dahagakan kemenangan walaupun mungkin diatas kertas, prestasi anda tidaklah ramalannya pingat emas, tetapi dalam sukan, apa sahaja boleh berlaku.” Kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Peluang untuk meraih emas tetap ada kerana bagi, Khairy dalam sukan, apa sahaja mampu berlaku dan ia telah dibuktikan bergu campuran, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying dan bergu lelaki, Goh V Shem – Tan Wee Kiong yang meraih pingat perak ketika di Sukan Olimpik Rio Ogos lalu.
Ketika menyampaikan amanat di Perhimpunan Atlet Fasa kedua di ibu negara, Khairy mengingatkan kepada atlet agar tidak melibatkan diri dengan isu pengambilan bahan terlarang.
Malah, beliau mensasarkan Sukan SEA ke 29 tahun depan bebas tanpa sebarang kes melibatkan atlet yang didapati gagal dalam ujian doping.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Kuala Lumpur 2017, Datuk Seri Zolkples Embong, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar dan Chief de Mission kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin.
Program Kita Juara dilancarkan oleh YB En Khairy pada September 2015, kini memasuki fasa kedua yang memberi ruang kepada atlet daripada 38 jenis sukan yang terdapat dalam Sukan SEA dan 16 jenis sukan bagi Para ASEAN 2017.