Oleh Ku Mohd Lufti
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu gandingan bergu lelaki, Goh V Shem, Tan Wee Kiong membuktikan mereka masih lagi berbisa sekaligus menutup kritikan susulan prestasi hambar tahun ini.
Pingat Perak di Sukan Olimpik Rio serta memegang status sebagai pemain nombor satu dunia dari .. sebelum menjunam ke rangke empat ketika ini.
Jelas Khairy, prestasi selepas Rio jelas sesuatu yang meresahkan, namun ia bukan halangan untuk V Shem dan Wee Kiong untuk mneyerlah di Piala Sudirman di Goldcoast Australia minggu depan.
“V Shem dan Wee Kiong tahu musuh utama mereka adalah konsistensi. Mereka sudah membuktikan di Sukan Olimpik dan menduduki ranking nombor satu dunia.
“Saya yakin mereka akan buktikan untuk menjadi yang lebih baik selepas pencapaian di Kejohanan Akhir Super Series, dan pemain pemain lain seperti Iskandar Zulkarnain turut mampu menyerlah dan membuktikan dia adalah pengganti Datuk Lee Chong Wei.
Ketiadaan Goh Liu Ying yang kini mendapatkan rawatan di Jerman untuk memulihkan bahu dan lututnya pula bukan bermakna skuad negara tempang.
Ini adalah peluang buat pasangan bergu campuran kedua, Tan Kian Meng, Lai Pei Jing membuktikan mereka bersedia untuk menggalas tugas sebagai pemain utama kelak.
Dalam pada itu, Khairy melihat skuad negara berpeluang untuk menamatkan kemarau tanpa kemenangan di Piala Sudirman tahun ini.
Khairy terdahulu meluangkan masa melawat dan menyampaikan amanat kepada barisan pemain dan pegawai kejurulatihan yang akan terbang ke Goldcoast pagi esok.
Beliau turut menyerahkan jalur gemilang kepada ketua kontinjen Malaysia yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Turut hadir, Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Norza Zakaria, Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai.