nicol.david

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas tertangguh sejak Disember tahun lalu akibat penarikan diri penganjur asal, bekas pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar menerusi syarikatnya Sportspin Event & Athlete Management tampil menyelamatkan keadaan, untuk menganjurkan Kejohanan Skuasy Dunia Wanita PSA yang akan berlangsung pada April di Malaysia.

Menariknya, penganjuran Kejohanan Skuasy Dunia ini disusuli dengan penyertaan Kumpulan Syarikat NAZA selaku penaja utama, selain menawarkan hadiah wang kemenangan terbesar iaitu 185 ribu dolar Amerika.

Bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beraksi dalam kejohanan bertaraf dunia di laman sendiri harus digunakan sebaiknya bagi 3 pemain negara yang bakal beraksi untuk mendapatkan pencapaian yang terbaik.

Malah khairy tidak mahu meletakkan sebarang sasaran kepada pemain negara kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan, malah tahu untuk menangani tekanan beraksi dilaman sendiri.

Kejohanan Skuasy Dunia Wanita PSA akan berlangsung dari 23 hingga 30 April depan di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil.

Tiga pemain negara layak beraksi iaitu Datuk Nicol David dan Delia Arnold menerusi senarai pemain pilihan manakala Loh Wee Wern layak menerusi tiket wild card.

Sebuah kereta Citroen DS4 turut ditawarkan kumpulan Naza kepada pemenang.

- Advertisement -