Oleh Ku Mohd Lufti
Peruntukkan yang diberi berjumlah RM 1.2 bilion oleh kerajaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di terima baik menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Khairy berkata, 2017 merupakan tahun yang padat buat kementeriannya khususnya dalam melakukan persiapan bagi penganjuran Sukan SEA 2017.
âBanyak yang telah diumumkan tadi terutama untuk sukan dan tahun depan agenda kita amat banyak untuk anjur Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN. PastiÂnya tahun depan kita mahu menjadi tuan rumah yang cemerlang dengan meraih gelaran juara keÂseluruhan,â kata Khairy Jamaluddin.
Melalui peruntukan RM1.2 bilion seperti yang diumumkan Datuk Seri Najib ketika pembentangan Bajet 2017, sebanyak RM450 juta diperuntukkan untuk peÂnganjuran dua temasya besar di Kuala Lumpur tahun depan iaitu Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN manakala Program Podium mendapat peruntukan RM70 juta.
Dalam pada itu, peruntukkan berjumlah RM 70 juta untuk Program Podium turut diterima baik Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sains Negara (ISN), Dr. Mohd. Khairi Zawi.
Meskipun kurang RM5 juta berbanding jumlah sebelum ini, ISN akan mengimbangi kekurangan itu menerusi langkah lebih terancang dan kreatif di dalam mengurus perbelanjaan.
âPeruntukan kali ini tidak tersasar jauh daripada peruntukan asal. Antara langkah-langkah yang boleh diambil (untuk mengimbangi pengurangan peruntukan) adalah seperti program pertandingan dan latihan luar negara dirancang jauh lebih awal untuk menjimatkan perÂbelanjaan.
âKedua, Program Podium akan menetapkan kriteria sebagai garis panduan dalam menilai kemasukan dan penyingkiran atlet daripada program itu. Hanya atlet yang mencapai kriteria ditetapkan dan berpotensi memenaÂngi pingat serta berada dalam kelompok ranking terbaik dunia kekal dalam program tersebut,â kata Dr Khairi Zawi.