Menteri Belia dan Sukan, Brig. Jeneral YB Khairy Jamaluddin mengesahkan beliau akan mula menyertai kem latihan pusat skuad polo kebangsaan selepas berakhirnya Kejohanan Polo Terbuka Malaysia (MOP 2017) bulan ini.
Sebagai makluman, pasukan polo negara yang akan beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ketika ini sedang menjalani latihan pusat di Pekan, Pahang dan Khairy adalah salah seorang dari tujuh pemain yang disenaraikan bagi memperkuatkan cabaran Malaysia di temasya itu.
“Selepas berakhir MOP saya akan luangkan masa di Pekan secara âon and offâ. Tetapi sebahagian besar skuad sudah berada di sana bagi fasa persiapan terakhir.
âSegalanya berjalan mengikut perancangan, saya yakin kita akan capai sasaran mara ke final dan memenangi pingat emas,” katanya.Â
MOP 2017 membabitkan empat pasukan â Jogo Polo, Ranhill Putrajaya, La Familia dan Kelab Polo Putra â yang membuka tirainya pada 4 Julai lalu akan berlangsung sehingga 16 Julai depan.Â
Terdahulu, Khairy membantu pasukannya Jogo Polo melakar kemenangan kedua di MOP 2017 dengan menewaskan La Familia 5-3 dan mengungguli peringkat kumpulan dengan enam mata.
Jogo Polo yang bermula dengan rentak cemerlang menewaskan juara bertahan, Kelab Polo Putra 8-6 pada perlawanan pertama Selasa lalu akan melangkah ke perlawanan akhir seandainya berjaya menewaskan Ranhil dalam perlawanan terakhir pada Selasa depan.
“Kita ada satu lagi perlawanan penting lawan Ranhill (Putrajaya). Perlawanan hari ini cukup sengit, tetapi kita telah buktikan kemenangan hadir menerusi permainan berpasukan bukan bergantung kepada pemain pro semata-mata,â tambah Khairy lagi.
Selain Khairy, turut membarisi pasukan Jogo Polo adalah Toh Muda Rizal Ashram Ramli, Tomas Gandara, Datoâ Quzier Ambak dan Yudie Fazly. – OLEH MUHAMMAD AIMAN