Oleh Muhammad Aiman
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) cukup dikenali sebagai temasya cukup berprestij yang pernah melahirkan ramai jaguh sukan terkemuka yang menyerlah mencipta nama bukan sahaja dalam negara malah turut berjaya mengegar arena sukan dunia.
Dari zaman Nurul Huda Abdullah, Lim Keng Liat, Watson Nyambek, Azmi Ibrahim, Shalin Zulkifli, Lee Chong Wei, Nicol David, Azizulhasni Awang, Khoo Cai Lin hingga ke bintang terjun sensasi masa kini Pandalela Renong, SUKMA adalah platformnya yang mengetengahkan bakat mereka.
Justeru, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tidak mahu SUKMA hilang prestijnya dan terus menjadi medan melahirkan lebih ramai atlet yang boleh mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
âKita perlu kembali kepada tujuan asal pengenalan SUKMA sebagai platform melahir dan mengetengahkan bakat-bakat muda, serta pendedahan buat atlet pelapis kebangsaan.
âContohnya pada Sukan Sea yang lepas kita telah melihat kebangkitan atlet-atlet pelapis yang menyumbang pingat buat kontijen negara dan kebanyakan mereka mendapat pendedahan di SUKMA,â kata Khairy. Â
Khairy yang membuat lawatan rasmi ke tapak pertandingan SUKMA di Kompleks Sukan Petrajaya turut memuji komitmen yang ditunjukkan kerajaan negeri terhadap pembangunan sukan di Sarawak dan berpendapat penganjuran SUKMA secara tidak langsung mampu menambah pelaburan kepada industri sukan tempatan dan pembangunan atlet di negeri itu.
âIni membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan sukan negeri ini. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur telah dibina dan bakal dinaiktaraf oleh kerajaan negeri dan juga persekutuan.
âAntaranya menaiktaraf Stadium Sarawak, Kompleks Sukan Petrajaya, kompleks sukan akuatik dan terjun bertaraf antarabangsa, pembinaan gelanggang baru boling padang dan skuasy dan banyak lagi,â ujar Khairy. Â
Dengan berbaki kurang tiga bulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya SUKMA, Sarawak yang akan menjadi tuan rumah buat kali kedua sedang giat mempersiapkan venue pertandingan dan Khairy mengakui berpuas hati dengan persiapan kali ini.
âSemuanya sudah hampir siap dan tinggal kira-kira 10 atau 20 peratus sahaja untuk dilengkapkan. Ini bukan satu masalah kerana kita masih mempunyai masa beberapa bulan sebelum temasya bermula dan mengharapkan semua kemudahan ini akan mendapat pengesahan daripada badan persatuan sukan supaya boleh digunakan,â tambahnya.
Majoriti acara sukan dijadual akan dilangsungkan di Kuching, manakala Sibu akan menjadi venue bagi sukan badminton dan bola tampar, sementara Miri pula menjadi tuan rumah sukan karate, sepak takraw dan layar.
Tahun 2016 adalah kali kedua Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA selepas kali terakhir menganjurkannya 26 tahun lalu, iaitu pada 1990 â tahun yang menyaksikan Sarawakmuncul juara keseluruhan buat pertama kali dan melonjakkan reputasi mereka selaku kuasa besar sukan tanah air.
Edisi kali ini dijangka bakal membabitkan penyertaan lebih 9,000 atlet dari kesemua kontijen negeri dan wilayah persekutuan, ATM, PDRM dan negara jiran, Brunei Darussalam.Â