Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melaungkan keyakinan bahawa kontijen paralimpik negara yang akan bersaing di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 mampu mengatasi sasaran 103 pingat emas yang diletakkan.Â
Beliau bagaimanapun menjelaskan kontijen negara tidak disasarkan untuk muncul juara keseluruhan dengan mengambil kira tentangan sengit yang dijangka hadir dari kontijen Thailand dan Indonesia namun dalam masa sama berpendapat peluang tetap ada.Â
“Dengan sasaran 103 emas, kita tidak letak sasaran untuk muncul juara keseluruhan. Saya rasa mungkin tempat kedua tetapi dengan semangat Sukan SEA dan kelebihan sebagai tuan rumah, saya percaya kita boleh lepasi sasaran itu dan kemudiannya memberi saingan kepada Indonesia atau Thailand yang meletak sasaran lebih kurang sama atau sedikit lebih dari kita.Â
“Saingan untuk Para ASEAN lebih sengit berbanding Sukan SEA. Sukan SEA memang unjuran kita juara keseluruhan, Para ASEAN pula kita lebih realistik mengambil kira pencapaian di beberapa temasya lalu, jadi kita tahu nak jadi juara keseluruhan adalah sukar.
“Apapun saya yakin dengan sokongan padu seluruh penyokong Team Mas, atlet kita akan berikan prestasi terbaik dan seterusnya kita boleh saingi Indonesia atau Thailand (untuk juara keseluruhan),” kata Khairy selepas membuat tinjauan terhadap venue sukan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC).Â
Ketika di temasya Singapura 2015, Malaysia menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 52 emas, 58 perak dan 37 gangsa. Thailand unggul selaku juara dengan 95 emas, 76 perak dan 79 gangsa manakala Indonesia pula di tempat kedua dengan 81 emas, 74 perak dan 63 gangsa.Â
Temasya Para ASEAN KL 2017 akan menyaksikan 368 emas menjadi rebutan 11 kontijen yang bertanding, dengan 16 sukan dipertandingkan.Â
16 sukan itu adalah memanah, olahraga, badminton, boccia, catur, berbasikal, bolasepak 5 sebalah, bolasepak CP, goalball, powerlifting, renang, tenpin boling, ping pong, bola tampar, bola keranjang dan tenis berkerusi roda.
Sementara itu, Khairy berpuas hati dengan persiapan di MITEC dan menjelaskan venue itu sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran atlet dan penyokong dengan beberapa pengubahsuaian telah dibuat bagi memberi akses lebih mudah kepada atlet dan penyokong dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Selain bertujuan memudahkan mereka yang berkerusi roda masuk ke gelanggang atau tempat yang telah dikhaskan, pengubahsuaian juga dibuat pada tandas kerana kalau harapkan satu tandas OKU sahaja tidak cukup. Jadi tabdas biasa juga telah dibesarkan bagi memberi keselesaan kepada mereka,” jelasnya.Â
Sebanyak  tujuh sukan akan dipertandingkan di MITEC iaitu goalball, catur, powerlifting, bola tampar duduk, bola keranjang kerusi roda, ping pong dan Boccia.Â
Selain itu, MITEC juga menyediakan Pusat Media Utama untuk  media tempatan dan luar negara sepanjang berlangsungnya temasya Para ASEAN. – OLEH MUHAMMAD AIMAN