Oleh Ku Mohd Lufti
Selepas tamat dua pusingan kejohanan Golf Jelajah PGM tertutup Kelantan, Khor Kheng Hwai mendahului saingan selaku pendahulu dengan catatan terkumpul 133 pukulan 11 dibawah par.
Hari kedua, Kheng Hwai mencatat 68 pukulan 4 dibawah par untuk menghampiri gelaran juara.
Nasib tidak menyebelahi pendahulu hari pertama, Nicholas Fung apabila turun ke tangga kedua selepas mencatat 69 pukulan 3 dibawah untuk catatan terkumpul selepas bermain 36 lubang 134 pukulan 10 dibawah par.
Pemain muda yang sedang meningkat naik, Low Khai Jei muncul pemain terbaik hari kedua kejohanan.
Pemain berusia 19 tahun ini mencatat 66 pukulan 6 dibawah par sekaligus meletakkan dirinya di tangga ke 3 keseluruhan.
‘Tidak banyak yang saya lakukan, hanya memberi tumpuan sepanjang permainan . Secara keseluruhan, saya berpuas hati dan harap dapat kekalkan momentum ini di dua hari berikutknya untuk memburu kemenangan,” kata Khai Jei.
Saingan untuk memburu kejuaraan tampak masih terbuika kerana pemain pemain lain hanya dibezakan dengan satu atau dua pukulan dibelakang pencabar masing masing.
KEDUDUDKAN SELEPAS TAMAT PUSINGAN KEDUA KEJOHANAN PGM TERTUTUP KELANTAN
1 133 -11 Khor Kheng Hwai 65-68
2 134 -10 Nicholas Fung 65-69
3 136 -8 Low Khai Jei 70-66
4 138 -6 Ben Leong 69-69
5 139 -5 R. Nachimuthu 67-72
6 140 -4 Airil Rizman 70-70
7 141 -3 Kim Leun Kwang 71-70
8 143 -1 S. Siva Chandhran 72-71, Mohd Nazri Mohd Zain 72-71
9 144 Brandon Lau Ka Kin 76-68, Abel Tam 72-72, Sukree Othman 69-75, Hans Jamil 69-75
10 145 +1 Mohamad Rizal Amin 74-71, Wilson Choo Zhe Ming 73-72, F Aizul Hafiz Zulkefli 72-73