Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki, 2023 Kuala Lumpur Malaysia, bakal membuka tirai secara rasmi pada 5 hingga 16 Disember 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan hari ini, Konfederasi Hoki Malaysia menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato, Ahmad Najmi Abdul Razak telah mengumumkan senarai 20 pemain yang membawa cabaran Malaysia di kejohanan tersebut.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan Argentina yang telah memenangi kejohanan tersebut sebanyak dua kali, juara 1997, Australia dan Chile. Bagi aksi pembukaan pada 5 Disember, Malaysia akan bertemu Chile pada jam 8:30 malam.

Menerusi senarai yang diumumkan, seramai 18 pemain merupakan pemain yang telah beraksi di Kejohanan Piala Sultan Johor 2023 yang lalu sementara dua pemain di posisi tengah Muhammad Addy Jazmi Jamlus dan Muhammad Danish Danial Abdul Wahab yang mengalami kecederaan sebelum ini telah kembali memperkuatkan pasukan.

Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan turut mempertaruhkan pemain paling muda berusia 17 tahun, Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari manakala buat sembilan pemain, ini merupakan penampilan terakhir di Piala Dunia Remaja Lelaki.

Ketua Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Muhamad Amin Rahim menjelaskan pemain yang dibariskan adalah berdasarkan penilaian yang telah dilakukan ketika Kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) yang lalu dan juga semasa sesi latihan yang dijalankan selepas tamat kejohanan tersebut.

“Kembalinya dua pemain yang tidak bersama pasukan pada kejohanan sebelum ini sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat pasukan dan membuka ruang pemilihan pemain untuk diturunkan di posisi tengah.

“Selepas Kejohanan SOJC yang lalu, kami telah mengenalpasti setiap kesilapan serta kelemahan yang ada dalam pasukan dan kami telah membuat persediaan yang sepatutnya untuk membetulkan setiap kesilapan serta kelemahan tersebut.

“Kini tugasan dan tanggungjawab untuk melaksanakannya di atas padang terletak kepada pemain yang akan beraksi di pentas tertinggi tersebut.

“Diharapkan pemain akan turun dengan semangat juang yang tinggi dan bermain bermati-matian untuk mencatatkan satu keputusan yang positif dalam setiap perlawanan,” jelas beliau.

 

Berikut merupakan senarai 20 pemain Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan yang bakal beraksi di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki, 2023 Kuala Lumpur Malaysia.

NO NAMA POSISI
1 MOHAMAD RAFAIZUL MOHAMAD SAINI PENJAGA GOL
2 MUHAMMAD DANISH AFNAN MOHD FAIZAL PENJAGA GOL
3 MUHAMAD FARIS HARIZAN PERTAHANAN
4 AZMILMUIZZUDDIN MISRON PERTAHANAN
5 ANDYWALFIAN JEFFRYNUS PERTAHANAN
6 WAN MUHAMMAD NAJMIE AHMAD DZAIB PERTAHANAN
7 AHMAD SUHAIMI KAMARUDDIN PERTAHANAN
8 ALFARICO LANCE LIAU JR TENGAH
9 MUGHNI MOHAMAD KAMAL TENGAH
10 MUHAMMAD ADAM ASHRAF MOHD JOHARI TENGAH
11 MUHAMMAD DANISH AIMAN KHAIRIL ANUAR TENGAH
12 MUHAMMAD ADDY JAZMI JAMLUS TENGAH
13 MUHAMMAD DANISH DANIAL ABDUL WAHAB TENGAH
14 SHAHMIE IRFAN SUHAIMI PENYERANG
15 SHAFIQ IKHMAL DANIEL SUZAINI PENYERANG
16 MOHAMMAD HARRIS ISKANDAR OSMAN PENYERANG
17 MOHAMAD SHAMIR RIZMI SHAMSUL PENYERANG
18 CHE NUR AQILRULLAH CHE MOHD KHAIRULZI ANWAR PENYERANG
SIMPANAN
19 ESWARAN GEORGE PENYERANG
20 MUHAMMAD KHAIRUL NORIZAM TENGAH

 

 

 

Berikut merupakan barisan Pengurusan dan Kejurulatihan yang akan bersama di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki, 2023 Kuala Lumpur Malaysia

NO NAMA POSISI
1. I. VIKNESWARAN PENGURUS PASUKAN
2. MUHAMAD AMIN RAHIM KETUA JURULATIH
3. STEPHEN VAN HUIZEN PENGARAH TEKNIKAL
4. MEGAT AZRAFIQ MEGAT TERMIZI PENOLONG PENGURUS PASUKAN
5. ROSLAN JAMALUDDIN JURULATIH PENJAGA GOL
6. TENGKU AHMAD TAJUDDIN TENGKU ABD JALIL PENOLONG JURULATIH
7. BALJIT SINGH CHARUN SINGH PENOLONG JURULATIH
8. JOHN ARCHBOLD JURULATIH KECERGASAN

 

Berikut merupakan jadual perlawanan Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki, 2023 Kuala Lumpur Malaysia, bagi pusingan Pool A.

NO HARI / TARIKH MASA PERLAWANAN
1. SELASA : 5 DISEMBER 2023 8:30 MALAM MALAYSIA lwn CHILE
2. RABU : 6 DISEMBER 2023 8:00 MALAM MALAYSIA lwn ARGENTINA
3. JUMAAT : 8 DISEMBER 2023 2:00 PETANG AUSTRALIA lwn MALAYSIA

 

- Advertisement -