Pemain Pahang kelahiran Sepanyol, Kiko Insa dan pemain Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Shahrel Fikri Fauzi bakal membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan setelah dua pemain itu disenaraikan Nelo Vingada bagi menjalani latihan pusat bermula 14 Ogos depan.
Penyenaraian Kiko yang bermain di posisi tengah dan Shahrel yang boleh bermain di posisi tengah mahupun penyerang dilihat keputusan tepat oleh Vingada memandangkan masing-masing menunjukkan prestasi meyakinkan dalam saingan Liga Malaysia sepanjang tahun ini. Â Â
Kiko membantu Pahang mara ke final Piala FA dan ketika ini menduduki tangga ketiga Liga Super manakala Shahrel Fikri pula membantu PKNP mara ke suku akhir Piala Malaysia malah berada dalam landasan memburu kejuaraan 100 Plus Liga Premier. Â
Dalam pada itu, Vingada pada Jumaat mengumumkan senarai 24 pemain bagi persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Syria (22 Ogos), Macau (25 Ogos) dan Myanmar (29 Ogos) selain perlawanan kedua Kumpulan B pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong pada 5 September depan.
Pengendali dari Portugal itu turut menggugurkan hampir separuh daripada barisan pemain yang dipanggilnya bagi perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan pada Jun lalu yang mana Malaysia tewas 1-2.
Antaranya adalah Wan Zaharulnizam Zakaria dan Afif Amirudin (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Izham Tarmizi Roslan, Mahali Jasuli, S.Chanturu dan Azamuddin Akil (Johor Darul Takzim), Amri Yahyah (Selangor) serta pemain PKNS, Safee Sali yang belum pulih dari kecederaan.Â
Dua pemain Pahang, Mathew Davies dan Nor Azam Azih pula diketepikan kerana masing-masing terlibat dengan skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kendalian Dato’ Ong Kim Swee.
Manakala pemain yang kembali dipanggil memperkuatkan Harimau Malaya adalah penjaga gol, Farhan Abu Bakar dan Fitri Omar (Kedah), trio pertahanan Johor Darul Takzim – Aidil Zafuan Abdul Radzak, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Fadhli Shas, Nasir Basharudin dan Nazrin Nawi (Perak) serta Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United).
Skuad kebangsaan akan menjalani latihan pusat selama seminggu di Stadium Hang Tuah, Melaka dan kemudiannya menentang Syria di Stadium Hang Jebat pada 22 Ogos.
Pasukan akan terbang ke Macau dan Yangon untuk dua perlawanan berikutnya di tempat lawan sebelum kembali ke tanah air pada 30 Ogos dan meneruskan persiapan untuk berdepan Hong Kong pada 5 September di Stadium Hang Jebat. – OLEH MUHAMMAD AIMAN Â Â Â
Senarai 24 pemain :
Penjaga gol : Khairul Azhan Khalid (Selangor), Farhan Abu Bakar (Kedah), Hafizul Hakim (Perak)
Pertahanan : Rizal Ghazali, Khairul Helmi Johari, Fitri Omar (Kedah), Aidil Zafuan, Azrif Nasrulhaq, Fadhli Shas (JDT), Shahrom Kalam, Nazirul Naim (Perak)
Tengah : Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Akram Mahinan (Kedah), Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal (JDT), Nasir Basharudin, Nazrin Nawi (Perak), Kiko Insa, Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Wan Zack Haikal (Felda United)
Penyerang : Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok (JDT), Shahrel Fikri (PKNP)